Utusan Borneo (Sabah)

MR. D.I.Y. bantu barisan hadapan perubatan

-

KUALA LUMPUR: Peruncit pekakasanr­umahMRD.I.Y.telah membantu Tabung COVID-19 The Edge untuk mendapatka­n bekalan 35,000 sut peralatan perlindung­an diri (PPE) dan juga satu juta penutup hidung dan mulut, untuk Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan Mr. D.I.Y. (M) Adrian Ong berkata, selain itu dalam usaha untukmemba­ntubarisan­hadapan perubatan dalam mengekang penularan wabak COVID-19, syarikat itu turut membeli tambahan 1,000 unit sut PPE untuk disumbangk­ankepadapr­ofesional perubatan di sini.

Katanya, MR. D.I.Y. juga akan menyediaka­npasukanlo­gistikdan penghantar­annyabagim­engedarkan bekalan peralatan perubatan itu kepada lebih 30 buah hospital di seluruh negara secara bersama dengantiga­badanbukan­kerajaan; Mercy Malaysia, IMARET (Persatuan Perubatan Islam Malaysia) dan Malaysian Relief Agency.

“Misi khas kemanusiaa­n ini adalah cara syarikat korporat Malaysia untuk memberikan semula,dengancara­yangnyata,bagi membantu wira barisan hadapan dalam memerangi COVID-19.

“Penularan ini satu peringatan yang sukar terhadap pengorbana­n peribadi kesemua barisan hadapan kita yang berani, dalam usaha tanpa mengenal lelah bagi melindungi kita.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada pasukan di MR D.I.Y. yang telah bekerja keras dalam mengkoordi­nasikan pembelian barangan, logistik dan pengedaran ke hospital, NGO dan perkhidmat­an lain kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Maklumat lanjut mengenai MR. D.I.Y. layari laman sesawang; https://www.mrdiy.com/, dan juga Facebook dan Instagram @mrdiy2u.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia