Utusan Borneo (Sabah)

Agihan bantuan khas COVID-19 LZS kepada 29,000 penerima layak dijangka selesai Jumaat ini

-

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumka­n bantuan khas zakat COVID-19 berjumlah RM14 juta yang mula diagihkan sejak 27 Mac lepas kepada 29,000 penerima layak dijangka selesai Jumaat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyaza­n M. Yusop berkata agihan bantuan khas zakat secara berfasa itu dikreditka­n terus kepada akaun bank penerima berkenaan.

“Daripada jumlah itu, 9,000 penerima adalah asnaf fakir, miskin dan mualaf yang menerima bantuan khas RM500 setiap keluarga melibatkan jumlah keseluruha­n agihan zakat sebanyak RM4.5 juta.

“Manakala 20,000 penerima lagi merupakan golongan berpendapa­tan rendah (B40) khususnya penjaja atau peniaga kecil serta keluarga B40 yang terjejas sumber pendapatan. Kumpulan ini menerima bantuan khas maksimum RM500, melibatkan peruntukan zakat asnaf fisabilill­ah sebanyak RM9.5 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pada masa sama katanya,

LZS turut mengagihka­n bantuan khas zakat COVID-19 berjumlah RM1 juta kepada hospital kerajaan dan pusat kesihatan daerah (PKD), petugas barisan hadapan yang menangani wabak COVID-19 selain pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

Saipolyaza­n berkata bantuan itu melibatkan pembelian peralatan pelindunga­n diri (PPE) kepada hospital dan PKD serta makanan kepada para petugasnya manakala bagi pelajar IPT, bekalan makanan disalurkan melalui bahagian hal ehwal pelajar atau pengurusan institusi masing-masing.

Dalam pada itu katanya, selain agihan khas itu, LZS turut menyalurka­n bantuan bulanan kepada asnaf fakir, miskin, mualaf dan gharimin berdaftar untuk pembayaran rumah sewa, rawatan dialisis, perubatan serta menampung kewangan mereka melibatkan peruntukan RM30.5 juta.

Tambah Saipolyaza­n, seramai 14,909 asnaf fakir dan miskin sedia ada turut dipastikan kelangsung­an makanan bulanan sepanjanga­n penularan wabak COVID-19 bagi mengelakka­n mereka terputus bekalan.

Justeru, beliau menyeru umat Islam untuk terus melunaskan pembayaran zakat kepada LZS bagi membantu golongan yang terjejas terutamany­a asnaf fakir dan miskin yang amat bergantung kepada bantuan disalurkan institusi tersebut khususnya ketika penularan wabak COVID-19.

Pembayaran zakat kepada LZS boleh dilakukan menerusi laman web https:// fpx.zakatselan­gor.com.my atau secara perbankan Internet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia