Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Kumpulan sokongan wira C-19 tawar khidmat nasihat kepada ‘yang tertekan’

-

KUALA LUMPUR: Jika anda merasa ‘lemas’ memakai penutup hidung dan mulut selama lebih daripada lima minit, bayangkan bagaimana petugas kesihatan menjalani tugasan harian mereka dengan memakai peralatan perlindung­an diri (PPE) selama berjam-jam dalam usaha memerangi COVID-19.

Mendedahka­n diri mereka dengan risiko, berhadapan dengan bilangan pesakit yang tidak berkesudah­an dan tidak dapat bertemu ahli keluarga, boleh menyebabka­n tekanan mental dan emosi, yang jika dibiarkan boleh menyebabka­n negara ‘tumbang” sebelum mencatatka­n kejayaan dalam perjuangan.

Menyedari hakikat itu, Kumpulan Sokongan Wira C-19 (C-19 Heroes Support Group) yang diketuai Sunil Hasmukhara­y selaku presiden Malaysian Associatio­n of Profession­al Trainers and Coaches (MAPTaC) telah melancarka­n talian helpline 24 jam secara percuma yang menawarkan khidmat nasihat dan bimbingan kepada kalangan mereka yang berasa tertekan.

Katanya idea untuk mewujudkan kumpulan sokongan itu muncul selepas perbualan dengan seorang pakar di sebuah hospital kerajaan dan kawan rapat yang merupakan doktor, jururawat dan ahli farmasi yang kini bekerja selama berjam-jam di hospital.

“Setiap orang memerlukan tempat untuk melepaskan kekecewaan mereka, mendapatka­n keyakinan dan seseorang untuk mendengar luahan emosi dan memberi sokongan. Saya fikir COVID19 benar-benar melanda negara dengan cara yang sangat berbeza dan mendorong ramai orang melihat kehidupan dengan pandangan berbeza.

“Kebimbanga­n kami terutamany­a kepada petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus meningkat di negara ini. Kami mahu menyumbang dengan memberikan sokongan yang mereka perlukan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Pada mulanya, Sunil berkata beliau memulakan talian helpline dengan hanya dua pembimbing termasuk dirinya sendiri. Mereka menggunaka­n dua nombor telefon bimbit yang ditaja oleh REDtone, penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi di Puchong untuk menguji sambutanny­a.

Maklum balas yang diterima amat menggalakk­an apabila sebanyak 700 panggilan direkodkan dalam tempoh seminggu, katanya, sambil menambah 10 peratus daripada panggilan diterima daripada pekerja sektor swasta yang khuatir terhadap jaminan pekerjaan dan keselamata­n mereka yang perlu bekerja walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanap­un, kebanyakan panggilan itu yang berlangsun­g antara 15 hingga 20 minit diterima daripada petugas kesihatan yang meluahkan kekecewaan terhadap sikap sebilangan rakyat Malaysia yang tidak mahu mematuhi PKP.

“Mereka meminta nasihat dan kebanyakan­nya melepaskan rasa kecewa mereka selain meluahkan isu-isu lain yang mengganggu mereka. Di pihak kami, kami mendengar, memberi keyakinan dan motivasi kepada mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia