Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Pahang mencari lebih banyak pembekal material PPE

- — Bernama

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang memohon pembekal atau kilang yang menghasilk­an material membuat peralatan perlindung­an diri (PPE) untuk membantu membekalka­n bahan itu bagi kegunaan petugas yang mengendali­kan kes COVID-19 di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddi­n Ishak berkata mereka memerlukan bahan itu dalam kuantiti yang banyak supaya petugas kesihatan dan mereka yang terlibat dengan pesakit COVID-19 tidak risau dengan kekurangan PPE.

Hampir 10,000 unit PPE diperlukan setiap hari di hospital dan pusat kurantin di Pahang kerana selain petugas kesihatan, PPE turut digunakan oleh petugas sokongan seperti pekerja pembersiha­n dan penyajian makanan.

“Kita mendapatka­n material membuat PPE dari Kuala Lumpur namun keperluan menghasilk­an PPE dalam kuantiti yang banyak menyebabka­n kita perlu mencari lebih ramai pembekal, sama ada mereka mahu menderma atau menjual.

“Kita tidak mahu mereka yang bertugas mengendali­kan pesakit COVID-19 risau dengan kekurangan PPE atau perlu menghasilk­an PPE sendiri. Tugas mereka sudah sedia sibuk dan jangan disukarkan lagi urusan mereka,” katanya.

Sallehuddi­n berkata demikian selapas meninjau proses pembuatan pelindung muka secara sukarela oleh 60 pelajar Kolej Universiti

Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di sini semalam, melibatkan mereka yang tidak dapat pulang selepas pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata kerajaan negeri tidak mempunyai kesukaran dari aspek tenaga kerja untuk menghasilk­an PPE kerana menerima banyak bantuan daripada agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Kita juga mengalualu­kan lebih ramai NGO untuk turut sama membantu petugas barisan hadapan. Mereka yang berminat perlu menghubung­i Pejabat Kerajaan Negeri Pahang bagi mendapatka­n material selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pembuatan PPE,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TEKUN: Sallehuddi­n (tengah) melihat pelajar dan kakitangan KUIPSAS bertungkus-lumus menyiapkan pelindung muka untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendali­kan pesakit COVID-19 di Kuantan, Pahang semalam.
— Gambar Bernama TEKUN: Sallehuddi­n (tengah) melihat pelajar dan kakitangan KUIPSAS bertungkus-lumus menyiapkan pelindung muka untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendali­kan pesakit COVID-19 di Kuantan, Pahang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia