Utusan Borneo (Sabah)

Tahun Baharu Tamil, Vishu, Vaishaki disambut di rumah

-

KUALA LUMPUR: Masyarakat­Tamil,Malayaleed­anSikh di Malaysia bakal menyambut perayaan utama masingmasi­ng pada 14 April, pada kali ini, sambutan diraikan secara kecil-kecilan di rumah sahaja berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Perayaan berkenaan adalah sambutan tahun baharu iaitu Chittirai Puttandu bagi kaum Tamil; Vishu bagi kaum Malayalee dan Vaisakhi bagi kaum Sikh, yang semuanya jatuh pada tarikh sama tahun ini.

Perayaan berkenaan pada kebiasaann­ya disambut meriah secara besar-besaran di seluruh negara bagi meraikan bermulanya tahun baharu dalam kalangan masyarakat India saban tahun.

Setakat diketahui, ini merupakan kali pertama ketiga-tiga perayaan disambut secara kecil-kecilan di rumah sahaja bagi ketiga-tiga kaum ini berikutan tempoh PKP akan hanya berakhir pada 14 April, dan mungkin dilanjutka­n lagi bergantung pada sejauh mana kejayaan dalam memecahkan rantaian jangkitan COVID-19.

Presiden Hindu Sangam Malaysia Datuk RS Mohan Shan menasihatk­an masyarakat Tamil untuk meraikan Chittirai Puthandu di rumah bersama-sama orang tersayang.

“Tahun ini, tahun baharu bermula pada jam 10.04 malam, 13 April tetapi upacara keagamaan hanya dilakukan esok harinya. Upacara keagamaan boleh diadakan di rumah (pada 14 April) disebabkan PKP. Anda tidak perlu pergi ke kuil,” katanya semasa dihubungi Bernama.

Kehadiran bulan Tamil Chittirai disambut setiap tahun pada hari pertama dalam kalendar matahari Tamil, pada tahun ini dikenali sebagai Tahun Sarvari.

Presiden Hindhudhra­ma Maamandram Malaysia Sri Radhakrish­an Alagamalai yang turut mempunyai pandangan yang sama, berkata cara terbaik untuk menyambut perayaan dalam tempoh PKP adalah dengan mengadakan sambutan ringkas tetapi selaras dengan adat dan budaya Tamil.

“Tuhan memberi masa kepada kita semua untuk menyambutn­ya bersamasam­a keluarga kita. Gunakan masa ini dengan bijak untuk meraikan sambutan ini bersama-sama dengan keluarga (masing-masing) tanpa perlu keluar rumah. Masak masakan vegetarian tradisiona­l dan nikmatinya bersama-sama ahli keluarga di rumah,” katanya kepada Bernama.

Presiden Persatuan Kebudayaan & Tradisiona­l Hindu Malayalee Malaysia (PAKAR Malayalee Malaysia), Dr N R Nambiar, menasihatk­an masyarakat Malayalee di negara ini untuk memberi penekanan pada kesederhan­aan dalam meraikan Vishu.

Vishu disambut pada hari pertama dalam Zodiak Tahun Baharu, hari pertama pada bulan dipanggil Medam, menurut panjangam (almanak) rasmi Sri Guruvayoor­appan Devaswom Kerala; Kerala Mathrubumi Panjangam; Kerala Valya Panjangam dan Kerala Manorama Panjangam.

Kaum Malayalee percaya tahun baharu akan menjadi lebih baik sekiranya seseorang itu memulakan sambutan Vishu dengan sesuatu yang baik dan menggembir­akan.

“Mereka boleh membuat persiapan bagi Vishukkani, yang membabitka­n pelbagai barangan yang membawa tuah, dengan hanya pisang, daun sirih, Tulasi (daun selasih suci), Konnapoo (bunga cassia fistula), ayat suci Hindu, duit, bijirin, beras dan gambar Dewa Krishna. “Bagi Vishukkani (dulang pelbagai barangan), yang biasanya disediakan oleh wanita paling tua dalam keluarga, mereka boleh menggunaka­n bunga-bungaan dari taman dan bukannya membeli bunga tertentu dari kedai bunga. Sambutan boleh berbentuk aktiviti sosial sesama ahli keluarga di rumah,” katanya.

Beliau berkata sambutan secara kecil-kecilan sesama ahli kleuarga dengan menyediaka­n makanan tradisiona­l yang minimum dan mengadakan upacara keagamaan sudah amat bermakna, khususnya dalam tempoh PKP.

Nambiar juga menggesa masyarakat Malayalee Malaysia untuk mendoakan agar Malaysia dan dunia bebas daripada pandemik COVID-19.

Bekas Presiden Sikh Naujawan Sabha Malaysia (SNSM) Pavandeep Singh berkata bagi sambutan Vaisakhi tahun ini, tahun baharu masyarakat Punjabi dan Sikh yang juga merupakan festival menuai musim bunga, akan disambut secara elektronik - e-Vaisakhi - dengan masyarakat itu boleh terus menikmati keindahan kirtan (nyanyian lagu keagamaan) oleh kumpulan terkenal ragi jathas (kumpulan nyanyian lagu keagamaan).

Beliau berkata NGO SIKHinside sudah memulakan penstriman Satsang atau wacana kerohanian menerusi Facebook SIKHinside berikutan masyarakat Sikh tidak boleh berhimpun di Gurdwara untuk melakukan aktiviti itu dalam tempoh PKP.

“Sambutan Vaisakhi pada tahun ini adalah istimewa kerana ia memberi peluang kepada kami untuk menyambutn­ya dalam suasana lebih mesra dan rapat dengan orang tersayang kami. Hadapinya secara positif, gesaan untuk duduk di rumah masingmasi­ng bukan bermakna kita tidak boleh meraikan sambutan ini dengan gembira.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia