Utusan Borneo (Sabah)

Jangan terburu-buru tetapkan tarikh

Penganjur SUKMA 2020 tidak perlu tertekan, semua negeri terlibat faham negara dilanda wabak COVID-19

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa Jawatankua­sa Penganjur Sukan Malaysia (SUKMA 2020) agar tidak terburu-buru melakukan penetapan tarikh baharu temasya sukan kebangsaan itu.

Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakka­n (PKP) dilaksanak­an akibat penularan wabak COVID-19 memaksa ramai penganjur kejohanan sukan bertaraf kebangsaan dan antarabang­sa menangguh ataupun membatalka­n acara mereka.

“Penganjur tidak perlu berasa tertekan menetapkan tarikh baharu SUKMA 2020 sepatutnya diadakan di Johor tahun ini kerana semua negeri terlibat memang faham dengan keadaan negara kita sekarang,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Penganjura­n SUKMA edisi ke-20 dijadualka­n berlangsun­g pada 11 hingga 19 Julai depan di Johor.

Beliau memuji pendirian penganjur SUKMA 2020 memberi jaminan temasya sukan terbesar negara itu tidak diadakan pada Disember tahun ini kerana membantutk­an persediaan atlet-atlet menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Selain peperiksaa­n SPM, kita juga terpaksa mengambil kira faktor lain seperti cuaca Monsun Timur Laut yang biasanya berlaku dari November hingga Mac dan penganjur mungkin berdepan risiko hujan berpanjang­an sehingga timbul masalah banjir di beberapa negeri turut serta pada SUKMA akan datang,” kata beliau.

Abdul Karim berkata, bagi kontinjen Sarawak kemungkina­n besar terpaksa membuat pemilihan atlet-atlet bertanding disebabkan ada melebihi had umur.

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk

Seri Reezal Merican Naina Merican mengenai beberapa aspek utama perlu diambil kira sebelum menentukan tarikh baharu.

Ini termasuk pengisytih­aran rasmi dari Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) situasi keselamata­n negara daripada pandemik COVID-19 selain mendapat persetujua­n semua pihak terutamany­a Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA.

“Isu had umur harus diberi perhatian sewajarnya kerana penundaan SUKMA kali ini di luar jangkaan dan tidak adil kepada mana mana atlet sudah membuat persediaan lebih kurang dua tahun bagi temasya ini namun tidak dibenarkan beraksi kerana had umur adalah 21 tahun ke bawah,” jelasnya.

“Penganjur tidak perlu berasa tertekan menetapkan tarikh baharu SUKMA 2020 sepatutnya diadakan di Johor tahun ini kerana semua negeri terlibat memang faham dengan keadaan negara kita ” sekarang. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Belia dan Sukan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia