Utusan Borneo (Sabah)

Iliyas percaya pesilat dapat kekalkan prestasi

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Persekutua­n Silat Kebangsaan Negeri Sabah (PSS PESAKA Sabah), Datuk Iliyas Ibrahim percaya pesilatnya dapat kekalkan prestasi sementara menunggu tarikh baru Sukan Malaysia (SUKMA).

“Kami sudah buat perancanga­n terperinci dalam persiapan menghadapi SUKMA 2020 Johor yang sepatutnya berlangsun­g pada Julai. Bagaimanap­un ia (SUKMA) telah ditunda dan tarikh baru belum diputuskan.

“Persiapan juga terganggu disebabkan wabak COVID-19

tetapi saya percaya pesilat kami mampu jaga prestasi walaupun kini berlatih sendiri di rumah masing-masing ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutka­n sehingga 14 April,” kata Iliyas ketika dihubungi di sini kelmarin.

Menurutnya, pesilat SUKMA Sabah sempat mengadakan latihan pusat di sini pada 3-9 Februari dan 11-16 Mac.

Iliyas berkata, 30 pesilat yang terdiri daripada 17 lelaki dan 13 wanita telah disenaraik­an bagi membawa cabaran Sabah ke SUKMA.

“Tiga puluh pesilat ini terpilih dari 60 yang tersenarai awal. Mereka inilah (30 pesilat) yang telah menjalani latihan pusat di Dewan Majlis Perkhidmat­an Masyarakat Sabah (MPMS) di Batu 2, Jalan Tuaran pada 11-16 Mac.

“Mereka kini menjalani latihan sendiri di rumah masing-masing bagi mematuhi PKP,” kata Iliyas.

Beliau berkata, PSS PESAKA Sabah juga ada senarai pengganti jika ada di antara pesilat itu yang terpaksa digugurkan disebabkan kecederaan atau sakit.

Iliyas berkata, perkembang­an prestasi pesilat akan dipantau dari masa ke semasa bagi memastikan mereka sentiasa ditahap terbaik.

Skuad silat SUKMA Sabah dibimbing tiga jurulatih iaitu Emy Latif, Nurulain Sohrab dan Mohammad Daud manakala pengurus pasukan ialah naib Yang Dipertua PSS PESAKA Sabah, Awang Mesri Awang Kepli.

“Pesilat juga tahu tanggungja­wab dan apa yang diharapkan dari mereka. Sebagai penyumbang pingat emas terbanyak pada SUKMA 2018 Perak, ianya tugas besar bagi skuad silat pada SUKMA akan datang.

“Kami tidak tetapkan sebarang sasaran pingat tetapi jika dapat mempertaha­nkan lima emas, ia adalah pencapaian yang cukup bagus,” kata Iliyas.

Di samping lima emas, skuad silat juga menang dua perak dan tiga gangsa pada SUKMA 2018 Perak.

Sambil itu, edisi ke-20 SUKMA 2020 yang sepatutnya berlangsun­g di Johor pada 11-19 Julai telah ditunda ke tarikh yang belum diputuskan.

Mesyuarat Jawatankua­sa Induk SUKMA baru-baru ini membayangk­an edisi ke-20 sukan terbesar negara itu mungkin akan diadakan pada penghujung tahun ini atau dianjakkan ke tahun 2021.

 ??  ?? ILIYAS
ILIYAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia