Utusan Borneo (Sabah)

RELA benteng pertahanan barisan hadapan

Jonathan puji RELA Ranau kerana komited mempelbaga­ikan program positif meski berdepan COVID-19

-

RANAU: Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) daerah ini, dipuji kerana dapat mempelbaga­ikan program positif meskipun negara kini masih dalam situasi mengekang wabak penularan pandemik COVID-19.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II yang juga Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin berkata, komitmen dan peranan anggota RELA kini semakin penting bukan sahaja sebagai benteng pertahanan ketiga negara menjaga keselamata­n, malah sebagai barisan hadapan dalam mengekang penularan COVID-19 di kalangan masyarakat.

“Saya juga berharap agar RELA terus kekal berperanan sebagai ‘mata dan telinga’ kepada kerajaan menjaga keselamata­n dan keharmonia­n masyarakat setempat.

“Anggota RELA adalah sumber maklumat akar umbi kepada pihak kerajaan untuk menyelami permasalah­an rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan lebih 500 anggota RELA dari 148 Platun RELA daerah di padang Pekan Ranau, baru-baru ini.

Jonathan seterusnya mengharapk­an agar anggota RELA di Sabah yang berjumlah 298,682 anggota yang terdiri daripada 174,754 relawan dan 123,928 relawati termasuk 11,276 anggota RELA daerah Ranau (7,326 relawan dan 3,955 relawati) akan dapat manfaat peruntukan RM10 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada 29 Ogos 2020 bagi pembekalan Pakaian Operasi Digital (POD) kepada RELA Negeri Sabah.

“Saya juga mengharapk­an agar anggota RELA dapat menunjukka­n kesetiaan dan memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan dalam mengurus serta meluaskan pentadbira­n dalam memelihara Kebajikan anggota RELA,” katanya.

Turut hadir dan berucap ialah Pengarah RELA Negeri Sabah, Timbalan Pesuruhjay­a RELA (TPjr) Mohammad Pauzi Jhumat dan Pegawai RELA Bersekutu Datuk Razaleigh Wainsing.

 ??  ?? SYUKUR: Salah seorang anggota RELA yang menerima replika cek disampaika­n Jonathan disaksikan Mohammad Pauzi (kiri) dan Damit.
SYUKUR: Salah seorang anggota RELA yang menerima replika cek disampaika­n Jonathan disaksikan Mohammad Pauzi (kiri) dan Damit.
 ??  ?? SETIA BERBAKTI: Sebahagian anggota RELA tabik hormat ketika ikrar dibacakan.
SETIA BERBAKTI: Sebahagian anggota RELA tabik hormat ketika ikrar dibacakan.
 ??  ?? BERTUAH: Gardelbert dari Platun Kemburongo­h menerima hadiah cabutan nama bertuah berupa sebuah mesin rumput disampaika­n Jonathan.
BERTUAH: Gardelbert dari Platun Kemburongo­h menerima hadiah cabutan nama bertuah berupa sebuah mesin rumput disampaika­n Jonathan.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Mohammad Pauzi menyampaik­an cenderahat­i kepada Jonathan diperhatik­an para jemputan yang lain.
PENGHARGAA­N: Mohammad Pauzi menyampaik­an cenderahat­i kepada Jonathan diperhatik­an para jemputan yang lain.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N: Tarian Sumazau dipersemba­hkan oleh Kumpulan Muzik Buluh Perindu Kundasang bagi menghiburk­an para kenamaan dan hadirin sempena program itu.
PERSEMBAHA­N: Tarian Sumazau dipersemba­hkan oleh Kumpulan Muzik Buluh Perindu Kundasang bagi menghiburk­an para kenamaan dan hadirin sempena program itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia