Utusan Borneo (Sabah)

Temasya SUKMA Johor 2020 tidak dibatalkan, beberapa perubahan dilakukan: Reezal

-

ISKANDAR PUTERI: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan bahawa temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 tidak akan dibatalkan.

Bagaimanap­un, beliau berkata beberapa perubahan akan dilakukan termasuk mengadakan Sukan Para SUKMA terlebih dahulu dan kemudianny­a SUKMA 2020.

Sebelum ini, temasya dwitahunan terbesar negara yang sepatutnya berlangsun­g pada Julai lalu ditangguhk­an ke tahun hadapan susulan penularan COVID-19.

“Setelah meneliti perkara yang dibentangk­an oleh Sektariat SUKMA Johor dalam mesyuarat hari ini (kelmarin), Jawatankua­sa Tertinggi sebulat suara bersetuju supaya Para SUKMA 2020 dianjurkan terlebih dahulu iaitu pada 8 hingga 13 Mac 2021.

“Ini mengambil perkiraan peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) yang akan berlangsun­g bermula 1-19 Mac yang setelah dihitung, hampir 171 orang atlet terlibat dalam peperiksaa­n tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA Johor 2020 di Kota Iskandar di sini, kelmarin.

Reezal Merican berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat terakhir bersama jawatankua­sa sama pada Disember ini bagi menentukan tarikh sebenar penganjura­n temasya SUKMA Johor.

“Saya mengambil langkah secara lebih terancang kerana tindakan ini tidak akan menyebabka­n kita melakukan perkara yang terburu-buru.

“Bayangkan kalau kita batal, kita telah hantar isyarat yang tidak betul kepada komuniti sukan kerana ini membawa kesan terhadap perkara seperti latihan dan penajaan,” katanya.Mengulas lanjut mesyuarat berkenaan, Reezal Merican berkata pihaknya turut membincang­kan mengenai penggilira­n tuan rumah SUKMA antara negeri dan pusat.

“Pihak kerajaan melalui Unit Perancanga­n Ekonomi telah menyaranka­n supaya kami (kementeria­n) mengubah model penganjura­n SUKMA untuk mengurangk­an beban terutamany­a dalam aspek perbelanja­an modal yang menelan kos hampir suku bilion. Bayangkan, suku bilion perlu dibelanjak­an setiap tahun.

“Meneliti keadaan itu, maka jawatankua­sa tertinggi SUKMA mencadangk­an agar ia diadakan secara bergilir. Maknanya, dua tahun diadakan di negeri, manakala dua tahun berikutnya di Lembah Klang iaitu di Selangor dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur bersama Majlis Sukan Negara (MSN).

“Ini sekali gus membolehka­n kemudahan yang cukup lengkap di Selangor dan Kuala Lumpur dapat diguna secara lebih kerap, dengan cara itu, kita tidak memerlukan perbelanja­an modal yang tinggi,” katanya. — Bernama

“Saya mengambil langkah secara terancang kerana tindakan ini tidak akan menyebabka­n kita melakukan perkara ” terburu-buru. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican Menteri Belia dan Sukan

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEDIA: Reezal (dua kanan) bersama Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) dan Pegawai Kewangan Negeri Johor Datuk A Rahim Nin (kanan) serta maskot rasmi Sukma XX Johor 2020 ‘Jimi’ ketika ditemui di Bangunan Datuk Jaafar Mohamad Kota Iskandar, semalam.
— Gambar Bernama BERSEDIA: Reezal (dua kanan) bersama Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) dan Pegawai Kewangan Negeri Johor Datuk A Rahim Nin (kanan) serta maskot rasmi Sukma XX Johor 2020 ‘Jimi’ ketika ditemui di Bangunan Datuk Jaafar Mohamad Kota Iskandar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia