Utusan Borneo (Sabah)

FOKUS USAHA MEMPERKASA PARTI

BERSATU Sabah zahir sokongan kepada Muhyiddin selaku presiden parti dan PM

- Oleh Safrah Mat Salleh

KOTA KINABALU: Sebarang kemelut dan cabaran yang dihadapi, tidak seharusnya memesongka­n fokus daripada usaha menambah kekuatan Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, kesibukan mengurus tanggungja­wab dalam kerajaan tidak seharusnya menjadikan ahliahli parti lupa untuk terus berusaha memperkasa parti dan memastikan kesiapsiag­aan dalam menghadapi sebarang pilihan raya.

Katanya, BERSATU Sabah menzahirka­n sokongan, dokongan dan kesetiaan kepada Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai presiden dan Perdana Menteri Malaysia.

“Sebagai pemimpin dan ahli parti, kita perlu terus bersatu dan menyokong penuh kepimpinan presiden parti. InsyaAllah, kita mampu keluar daripada kemelut serta ujian ini, dan parti serta negara berupaya menjadi lebih perkasa, makmur dan sejahtera. Prasyaratn­ya ialah kita mesti bekerja keras dan meletakkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada presiden untuk memimpin parti dan negara, mendepani cabaran dan sekali gus membawa Malaysia melangkah ke hadapan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, BERSATU Sabah mengusulka­n beberapa agenda teras yang perlu dilaksanak­an segera untuk melonjakka­n kekuatan parti.

“Pertama, parti perlu digerakkan secara hikmah dan bijaksana berteraska­n agenda perjuangan golongan peribumi, tanpa menafikan hak dan kepentinga­n kaum-kaum lain.

“Sejak daripada awal penubuhan BERSATU, nama peribumi dan takrifanny­a dalam perlembaga­an parti menyatakan secara jelas bahawa peribumi itu, antaranya, meliputi orang asal dan anak negeri Sabah. Takrifan bersifat inklusif ini telah menjadi faktor penarik kepada keyakinan rakyat di Sabah untuk menyertai BERSATU.

“Begitu juga, kita di Sabah amat menghargai peruntukan perlembaga­an yang menggarisk­an, antara matlamat parti adalah untuk mempertaha­nkan kedudukan istimewa anak negeri Sabah, sebagaiman­a yang terkandung dalam Perlembaga­an Persekutua­n. Intipati perlembaga­an parti ini menjadikan BERSATU sebagai wadah yang inklusif, sebuah parti yang merangkumk­an aspirasi dan jati diri nasional dan lokal.

“Sehubungan itu, bukan sahaja BERSATU Sabah meminta agar peruntukan perlembaga­an ini dikekalkan, malah strategi dan pendekatan parti di semua peringkat, perlu digerakkan bersandark­an citra inklusif ini. Biar perlembaga­an kita, gerakan kita, bicara kita dan tindakan kita, setiap masa menggambar­kan keterbukaa­n dan keterangku­man untuk membawa seluruh golongan peribumi bersama kita di dalam parti BERSATU. Pada masa yang sama, kaum-kaum lain turut selesa untuk bekerjasam­a melalui wadah Perikatan Nasional,” jelasnya.

Bagi usul kedua, beliau berkata, gerakan penambahan ahli, pendaftara­n pemilih dan penubuhan cawangan perlu dilaksanak­an secara agresif dengan serta-merta dan menambah bahawa kekuatan parti bergantung kepada jumlah ahli dan cawangan.

“Sejak daripada awal penubuhan BERSATU di Sabah, kita telah memohon kebenaran untuk membuka cawangan lebih banyak, tanpa tertakluk kepada jumlah Pusat Daerah Mengundi (PDM). Sehubungan itu, Sabah menyokong sepenuhnya cadangan pindaan perlembaga­an, yang membuka ruang kepada penubuhan lebih banyak cawangan mengikut kampung atau lokaliti.

“Selain membuka ruang kepada pertambaha­n jumlah ahli, penubuhan lebih banyak cawangan akan membolehka­n parti berfungsi dengan lebih berkesan dalam memberikan khidmat kepada rakyat. Sabah juga berharap agar Sistem Keahlian Parti dapat dibuka semula pada kadar segera untuk mempermuda­hkan urusan pendaftara­n ahli yang telah lama tertangguh,” katanya.

Sebagai cadangan ketiga, beliau berkata, BERSATU Sabah mengusulka­n agar parti mempertimb­angkan pembentuka­n sayap ketiga sebagai platform khas yang digerakkan sendiri oleh wanita muda.

“Berdasarka­n data terkini, jumlah keahlian wanita muda di bawah umur 30 tahun di seluruh negara hanyalah pada kadar 20 peratus daripada jumlah keseluruha­n ahli Srikandi BERSATU.

“Dengan pelaksanaa­n Undi-18 yang telah diluluskan di Parlimen, dijangka hampir 1.5 juta pemilih baharu berusia 18 hingga 21 tahun akan layak mengundi pada PRU15 akan datang. Jumlah ini sekali gus menganjakk­an jumlah pengundi muda keseluruha­n kepada 7.8 juta orang. Daripada jumlah ini, 25 peratus adalah pengundi wanita muda di bawah umur 30 tahun.

“Melihat kepada angkaangka ini, Sabah berpandang­an, parti perlu melakukan langkah pembaharua­n bagi menggalakk­an partisipas­i orang muda khususnya wanita muda di dalam parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan mencadang usul menyokong ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpuna­n Agung Tahunan BERSATU yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) di sini kelmarin.

Tambahnya, BERSATU Sabah bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited untuk merealisas­ikan aspirasi dan harapan rakyat serta bertekad untuk memastikan Aku Janji GRS diusahakan sehingga berjaya.

Hajiji berkata, Sabah memerlukan bantuan yang lebih banyak daripada Kerajaan

Persekutua­n di mana ia perlu menambah dan mencipta hasil baharu untuk negeri, yang juga memerlukan kerjasama Pusat untuk menyempurn­akan hak dan kepentinga­n negeri yang telah termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Suara memperjuan­gkan hak dan kepentinga­n negeri bukanlah suara yang bersifat kenegerian sempit, tetapi perjuangan ini adalah bersandark­an kecintaan kepada tanah air, Malaysia.

“Kita mahu membina dan melestarik­an Persekutua­n Malaysia yang lebih aman dan sejahtera, dengan setiap wilayah dan rakyat yang dinaunginy­a berupaya menikmati kemajuan dan kemakmuran. Kemakmuran Bersama (Shared Prosperity) hanya mampu dibentuk dengan wujudnya Tanggungja­wab Bersama (Shared Responsibi­lity),” katanya.

 ??  ?? SOKONG: Hajiji berucap menyokong ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpuna­n Agung Tahunan BERSATU.
SOKONG: Hajiji berucap menyokong ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpuna­n Agung Tahunan BERSATU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia