Utusan Borneo (Sabah)

MCMC sedia perkhidmat­an jalur lebar kepada Kg Gusi melalui teknologi VSAT

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) amat bersimpati atas situasi yang menimpa tiga orang pelajar yang dilaporkan telah terjatuh ketika menyusuri jambatan gantung untuk mendapatka­n rangkaian Internet bagi mengikuti kelas dalam talian di Kampung Gusi, baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan media oleh Jabatan Komunikasi Korporat MCMC semalam, pihak MCMC mengambil maklum tentang kejadian itu dan sebagai penyelesai­an sementara telah mendapat sokongan daripada pihak Common Tower Technologi­es Sdn Bhd (CTT) selaku State Backed Company negeri Sabah, anak syarikat milik penuh Warisan Harta Sabah Sdn Bhd untuk menyediaka­n perkhidmat­an jalur lebar kepada Kampung Gusi melalui teknologi ‘Very Small Aperture Terminal’

(VSAT).

Pihak MCMC juga berkesempa­tan berjumpa dengan Ketua Kampung Gusi, Galam Abdullah untuk bertanyaka­n khabar mengenai keadaan ketigatiga pelajar berkenaan dan mendoakan agar mereka akan sembuh secepat mungkin.

Inisiatif berkenaan adalah usaha tanggungja­wab sosial korporat daripada pihak CTT.

Pengurus Besar CTT Law Chun Ming mengesahka­n pemasangan VSAT akan dilaksanak­an selewat-lewatnya pada 15 Disember 2020.

Selain itu, tiga menara telekomuni­kasi akan dibina berhampira­n Kampung

Gusi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Lokasi-lokasi berkenaan telah dinyatakan di dalam dokumen tender yang dikeluarka­n oleh MCMC pada 20 November 2020.

Semua pelajar dinasihatk­an untuk tidak membahayak­an diri dalam usaha mencari capaian Internet.

 ??  ?? KENANGAN: Pengarah MCMC Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan Izani Othman (dua kanan) berjumpa dengan Galam (tengah) bagi mendapatka­n gambaran keadaan terkini ketiga-tiga pelajar yang terjatuh ketika cuba mendapatka­n rangkaian Internet.
KENANGAN: Pengarah MCMC Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan Izani Othman (dua kanan) berjumpa dengan Galam (tengah) bagi mendapatka­n gambaran keadaan terkini ketiga-tiga pelajar yang terjatuh ketika cuba mendapatka­n rangkaian Internet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia