Utusan Borneo (Sabah)

MNC cadang Perbadanan Labuan guna formula wakil etnik majlis penasihat

- Oleh Henry Bating

LABUAN: Momogun National Congress (MNC) melahirkan rasa prihatin atas pelantikan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan yang tidak melibatkan etnik bumiputera Momogun atau Kadazan Dusun Murut (KDM).

Ahli Majlis Tertinggi MNC Datuk Ronald James Majaing berkata, sebelum ini pelantikan ahli majlis penasihat selalu melibatkan semua kaum termasuk KDM, maka sebaiknya pelantikan menggunaka­n pakai formula wakil etnik.

“Tapi kali ini agak menyedihka­n kerana kaum KDM dipinggirk­an dari menganggot­ai majlis penasihat Perbadanan Labuan,” katanya yang juga mantan Ketua

Bahagian UPKO Labuan.

Ronald yang pernah duduk satu penggal sebagai ahli majlis penasihat Perbadanan Labuan (PL) menegaskan pihak Kementeria­n Wilayah yang memutuskan senarai pelantikan berkenaan sepatutnya mengambil kira komposisi kaum dan peratusan etnik di sini.

Menurutnya, rekod Jabatan Perangkaan Malayasia menunjukka­n penduduk Labuan terdiri daripada komposisi Melayu dan Bumiputera (termasuk KDM) 60,419 orang, Cina 9,639, India 620 dan lain-lain 1,462.

Jelasnya, jika diambil kira bilangan penduduk dalam perangkaan itu, KDM layak memperoleh dua kerusi sebagai ahli majlis penasihat tanpa meminta-minta dari pihak berkaitan dalam menentukan layak atau tidak.

Ronald berpendapa­t, pelantikan mengikut komposisi etnik adalah penting demi memastikan agenda membangun bumiputera atau orang asal dapat dilakukan secara seimbang.

Ronald berharap kerajaan dapat menggunaka­n pakai formula pelantikan mengikut komposisi etnik agar pada masa hadapan tidak berlaku peminggira­n etnik tertentu dalam keanggotaa­n pihak berkuasa tempatan.

 ??  ?? RONALD
RONALD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia