Utusan Borneo (Sabah)

Orang Asli bina bangsal sebagai pusat pemindahan sementara banjir

-

GUA MUSANG: Seramai 500 penduduk Orang Asli Batik di Kampung Pasir Linggi, di sini, mengambil inisiatif membina bangsal sebagai ‘pusat perpindaha­n sementara’ mereka, apabila berlakunya banjir.

Komuniti tersebut mula membina sebanyak 50 bangsal sejak empat hari lalu, di kawasan atas bukit kira-kira satu kilometer dari kampung berkenaan.

Tok Batin Kampung Pasir Linggi Mohd Azman Talib berkata, penduduk bersepakat membina bangsal itu apabila berasa bimbang tentang kenaikan air sungai yang sudah melimpahi tebing berulang kali, selain hujan yang berterusan sejak beberapa hari lepas.

“Persiapan tempat perpindaha­n atas bukit ini dilakukan pada musim tengkujuh setiap akhir tahun, selain mengambil iktibar peristiwa Bah Kuning pada Disember 2014.

“Selepas kejadian banjir besar itu, penduduk mula mengambil ingatan dengan membina bangsal perpindaha­n lebih awal untuk selamatkan ahli keluarga,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Penghulu Kampung Pasir Linggi Nasir Ismail pula berkata, walaupun terdapat satu pusat perpindaha­n sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi berdekatan kampung berkenaan, namun sukar bagi penduduk kampung untuk berpindah ke PPS itu.

“Sememangny­a ada PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi, tetapi kerana ia terletak di tempat rendah maka ia mudah dinaiki air dan penduduk kampung juga terpaksa meredah banjir untuk berpindah ke bangunan sekolah berkenaan.

“Jadi, pilihan yang sesuai dan selamat adalah lebih baik penduduk berusaha sendiri membina bangsal atas bukit dan perjalanan juga tidak jauh daripada kediaman asal mereka,” katanya. — Bernama

 ??  ?? BANGSAL: Bangsal yang dibina sendiri oleh Orang Asli Batik, Kampung Pasir Linggi, Gua Musang diatas bukit sebagai persiapan pemindahan banjir musim tengkujuh. — Gambar Bernama
BANGSAL: Bangsal yang dibina sendiri oleh Orang Asli Batik, Kampung Pasir Linggi, Gua Musang diatas bukit sebagai persiapan pemindahan banjir musim tengkujuh. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia