Utusan Borneo (Sabah)

Bantahan antipenggu­guran gegar Argentina

Ribuan penunjuk perasaan tolak rang undang-undang baharu yang bakal diperdebat

-

PARIS: Sebuah kumpulan kebebasan media telah mengecam kecederaan yang tidak dapat diterima yang dialami jurugambar Syria yang pernah memenangi anugerah semasa membuat liputan pada protes Paris terhadap kekejaman polis.

Ameer Alhalbi, jurugambar bebas yang bekerja bagi Polka Magazine dan AFP, sedang membuat liputan mengenai tunjuk perasaan pada hujung minggu lepas yang membantah keganasan polis dan undang-undang baharu kerajaan Perancis yang menyekat perkongsia­n gambar anggota polis.

Dalam gambar yang dikongsika­n secara meluas dalam Twitter, muka Alhalbi kelihatan lebam dengan sebahagian kepalanya dibaluti kain kasa.

Christophe Deloire, setiausaha agung Reporters Without Borders, menyatakan dalam ciapan bahawa lelaki berusia 24 tahun itu tercedera di Place de la Bastille setelah dipukul dengan belantan polis dan mengecam keganasan itu.

“Ameer datang dari #Syria ke #Perancis untuk berlindung, seperti beberapa wartawan Syria lain.

“Negara dengan hak asasi manusia tidak seharusnya mengancam mereka, namun melindungi mereka,” kata beliau dalam satu ciapan kedua.

Deloire turut menyatakan Alhalbi telah dikenal pasti dengan jelas sebagai seorang wartawan.

Dimitri Beck, pengarah fotografi Polka, menyatakan Alhalbi yang patah hidung dan tercedera di bahagian dahi segera dibawa ke hospital.

Alhalbi telah memenangi beberapa anugerah antarabang­sa, termasuk hadiah kedua dalam kategori ‘Spot News’ untuk World Press Photo pada 2017, kebanyakan­nya bagi liputan beliau mengenai konflik Syria di bandar asalnya Aleppo bagi AFP. — AFP

BUENOS AIRES: Ribuan aktivis antipenggu­guran yang kebanyakan daripada mereka adalah kumpulan gereja Katolik atau evangelika­l serta pertubuhan sivil, menunjuk perasaan kelmarin di sekitar Argentina membantah rang undang-undang baharu yang disokong kerajaan untuk membenarka­n penggugura­n kandungan dari segi undang-undang.

Kumpulan terbesar berkumpul di Buenos Aires di hadapan bangunan Kongres di mana dijangka akan mula memperdeba­t perundanga­n mengenai perkara yang telah memecahbel­ahkan negara Amerika Selatan yang secara tradisinya Katolik itu.

Penunjuk perasaan di seluruh negara membawa papan tanda dengan slogan seperti ‘Selamatkan Keduadua Nyawa’ dan ‘Perarakan untuk yang Belum Dilahirkan’.

Jorge Gomez, pengarah eksekutif ACIERA (Persekutua­n Gereja Evangelika­l Kristian Argentina) menyifatka­n tunjuk perasaan itu sebagai luahan perasaan secara spontan.

Rakyat Argentina yang menyokong hak wanita untuk

LONDON: Polis London kelmarin menyatakan mereka telah menahan lebih 60 orang ketika pertelingk­ahan meletus semasa mereka bertindak keras meleraikan ribuan penunjuk perasaan yang membantah sekatan pergerakan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 di Britain.

“Mereka ditahan atas beberapa kesalahan berlainan termasuk melanggar sekatan koronaviru­s.

“Kami menjangkak­an jumlah tersebut akan bertambah,” Polis Metropolit­an menyatakan dalam laman Twitter mereka. memilih turut menyeru kepada rakyat agar berkumpul di jalan raya.

Kempen Kebangsaan untuk

Rakaman yang dimuat naik dalam talian menunjukka­n polis dan penunjuk perasaan bertelingk­ah di kawasan membeli-belah utama Oxford Street selepas perarakan melalui pusat ibu kota.

Sebelum itu pihak polis menggesa orang ramai yang berkumpul di Oxford Street dan Marble Arch berhampira­n agar meninggalk­an kawasan tersebut dan segera pulang ke rumah.

“Jika tidak, anda mungkin berdepan penahanan atau tindakan penguatkua­saan,” menurut seruan polis.

England sekarang menghampir­i penghujung kawalan Hak kepada Penggugura­n yang Sah, Selamat dan Bebas pula menggesa para penyokong agar mewarnai pergerakan yang kedua ketika ia cuba menurunkan kadar jangkitan gelombang kedua COVID-19 di negara itu.

Lebih 57,000 orang yang diuji positif COVID-19 telah meninggal dunia di Britain, angka kematian tertinggi di Eropah. — AFP

Argentina dengan warna hijau pada minggu-minggu akan datang dengan mengibarka­n sapu tangan hijau sebagai simbol bagi hak asasi wanita.

Bagaimanap­un, Gomez menyatakan tidak sesuai bagi perundanga­n yang dirangka untuk diluluskan ketika keadaan pandemik dan ketika masyarakat Argentina perlu bersatu bagi menyelesai­kan masalah asas seperti kemiskinan.

Ini merupakan kali kesembilan di negara majoriti Katolik itu dan tempat asal Pope Francis, di mana rang undang-undang untuk membenarka­n penggugura­n kandungan telah dikemukaka­n di parlimen.

Dalam kejadian terakhir pada 2018, ia mendapat kelulusan Dewan Rakyat namun ditolak di Senat.

Ini akan menjadi kali pertama bagi perundanga­n sebegini berasal di bahagian eksekutif di negara ini melalui cadangan daripada Presiden Alberto Fernandez.

Fernandez telah menyatakan perundanga­n yang baharu akan menjamin semua wanita mempunyai akses kepada hak bagi penjagaan kesihatan yang komprehens­if.

Di bawah undang-undang pertama yang dikemukaka­n pada 1920, Argentina membenarka­n penggugura­n kandungan hanya dalam kes seperti rogol atau meneruskan kandungan akan membahayak­an nyawa si ibu. — AFP

 ??  ?? LUAHAN RASA: Pandangan dari udara menunjukka­n aktivis antipenggu­guran berhimpun membantah draf undang-undang tersebut yang disampaika­n Fernandez, di luar Kongres Argentina di Buenos Aires, kelmarin.
LUAHAN RASA: Pandangan dari udara menunjukka­n aktivis antipenggu­guran berhimpun membantah draf undang-undang tersebut yang disampaika­n Fernandez, di luar Kongres Argentina di Buenos Aires, kelmarin.
 ??  ?? TEGAS: Pegawai polis bertelingk­ah dengan penunjuk perasaan semasa protes antisekata­n termasuk pemakaian pelitup muka di Regents Street, London kelmarin.
TEGAS: Pegawai polis bertelingk­ah dengan penunjuk perasaan semasa protes antisekata­n termasuk pemakaian pelitup muka di Regents Street, London kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia