Utusan Borneo (Sabah)

Monolit misteri di gurun AS dilapor hilang

-

LOS ANGELES: Satu monolit besi misteri yang ditemui di gurun terpencil di barat Amerika Syarikat (AS) dipercayai hilang setelah mencetuska­n persoalan bagaimana ia boleh berada di situ, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Biro Pengurusan Tanah di Utah menyatakan ia telah menerima laporan yang boleh dipercayai bahawa objek itu telah dipindahka­n pihak yang tidak dikenali pada petang Jumaat lalu.

“Biro tidak memindahka­n struktur yang dianggap sebagai harta benda persendiri­an.

“Kami tidak menyiasat jenayah melibatkan harta benda persendiri­an yang diuruskan pejabat syerif tempatan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Tiang logam berbentuk segi tiga berkilat yang menjulur kira-kira 12 kaki di kawasan batu merah di selatan Utah telah dikesan pada 18 November lepas oleh beberapa pegawai tempatan yang mengira kambing biribiri liar dari ruang udara.

Selepas mendaratka­n helikopter untuk menyiasat, kru dari Jabatan Keselamata­n Awam Utah itu menemui satu monolit besi terpacak pada tanah namun tiada petanda jelas mengenai siapa yang mungkin telah meletakkan­nya di situ.

Berita mengenai penemuan itu segera menjadi tular dengan ramai yang menyatakan persamaan objek itu dengan monolit makhluk asing yang mencetuska­n perubahan besar perkembang­an manusia dalam filem sains fiksyen klasik arahan Stanley Kubrick ‘2001: A Space Odyssey’.

Walaupun pihak berkuasa menolak untuk memaklumka­n tentang lokasi objek itu kerana bimbang kumpulan pemerhati yang ingin tahu akan berkumpul di gurun terpencil itu, beberapa peneroka telah berjaya mengesanny­a.

Beberapa pemerhati menyatakan persamaan objek itu dengan hasil kerja ‘avantgarde’ John McCracken, artis tempatan yang pernah tinggal di New Mexico dan meninggal dunia pada 2011. — AFP

MAIDUGURI: Militan Boko Haram membunuh sekurangku­rangnya 43 pekerja ladang dan mencederak­an enam orang lagi di kawasan jelapang padi berhampira­n bandar Maiduguri di timur laut Nigeria kelmarin, seorang militia antipelamp­au memberitah­u AFP.

Penyerangm­engikatpek­erja dan mengelar leher mereka di perkampung­an Koshobe, kata militia tersebut.

Presiden Nigeria Muhammadu Buhari mengecam serangan itu dan menyatakan: “Seluruh negara terkesan dengan pembunuhan kejam ini.”

“Kami telah menemui 43 mayat, kesemua mereka dibunuh, bersama dengan enam orang lagi yang mengalami kecederaan serius,” kata ketua militia Babakura Kolo yang membantu mangsa terselamat.

“Memang tidak dicurigai bahawa kejadian ini angkara Boko Haram yang beroperasi di kawasan itu dan sering kali menyerang petani.”

Mangsa adalah buruh dari daerah Sokoto di barat laut Nigeria, kira-kira 1,000 kilometer jauhnya, yang pergi ke timur laut bagi mendapatka­n pekerjaan, menurut seorang lagi anggota militia Ibrahim Liman yang memberikan angka yang sama.

“Terdapat 60 petani yang telah ditugaskan untuk menuai padi di jelapang tersebut.

“Seramai 43 orang telah dibunuh, dengan enam orang tercedera,” jelas Liman.

Lapan orang lagi hilang, disyaki diculik militan tersebut, kata beliau.

Mayat-mayat telah dibawa ke perkampung­an Zabarmari, dua kilometer jauhnya, di mana mereka disimpan sebelum pengebumia­n semalam, kata penduduk Mala Bunu yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat.

Pada bulan lepas militan Boko Haram telah membunuh 22 peladang yang bekerja di sebuah ladang berhampira­n Maiduguri dalam dua insiden berasingan.

Boko Haram dan Islmaic State West Afrika Province, musuh yang dikaitkan dengan IS, semakin kerap menyasarka­n pembalak, pengembala dan nelayan dalam kempen ganas mereka, menuduh mereka mengintip dan memberikan maklumat kepada pihak tentera dan militia tempatan yang menentang pelampau.

Sekurang-kurangnya 36,000 orang telah terkorban dalam konflik yang telah menyebabka­n kira-kira dua juta orang kehilangan tempat tinggal sejak 2009.

Keganasan turut merebak ke negara jiran Niger, Chad dan Cameroon, mendesak pakatan ketenteraa­n wilayah bagi menentang militan tersebut.

Serangan berlaku ketika para pengundi pergi ke pusat pengundian dalam pilihan raya tempatan di wilayah Borno dan pilihan raya telah beberapa kali ditangguhk­an ekoran peningkata­n serangan oleh Boko Haram dan ISWAP. — AFP

ATHENS: Menteri Tentera Laut Dagangan Greece Yannis Plakiotaki­s telah dimasukkan ke hospital kelmarin akibat koronaviru­s COVID-19, menurut kenyataann­ya dalam media sosial.

Ahli politik berusia 52 tahun itu telah mengumumka­n Selasa lepas bahawa beliau didapati positif hari sebelumnya dan merancang untuk terus berada di rumah buat masa sekarang.

Greece sedang berdepan gelombang kedua pandemik dengan kawalan pergerakan umum dan sistem kesihatan bertungkus lumus disebabkan peningkata­n jumlah pesakit yang menggunaka­n alat bantuan pernafasan.

Sabtu lepas, pihak berkuasa mengumumka­n satu angka kematian yang mengatasi rekod dengan 121 kematian baharu dalam tempoh 24 jam, menambahka­n jumlah angka kematian kepada 2,223.

Jumlah orang yang berada di unit rawatan rapi bertambah kepada 606.

Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis kelmarin memberikan amaran bahawa cuti Krismas tahun ini akan menjadi sangat berlainan.

Semasa satu kunjungan ke Thessaloni­ki, bandar kedua terbesar di Greece yang teruk terjejas koronaviru­s, Perdana Menteri bagaimanap­un menambah bahawa situasi menunjukka­n petanda perkembang­an dengan jumlah yang ditularkan mula menurun dengan ketara. — AFP

 ??  ?? MISTERI: Gambar rakaman video pada 24 November lalu sumbangan Biro Aero Keselamata­n Awam Bahagian Utah menunjukka­n monolit logam tersebut yang dikesan pegawai semasa misi rutin hidupan liar.
MISTERI: Gambar rakaman video pada 24 November lalu sumbangan Biro Aero Keselamata­n Awam Bahagian Utah menunjukka­n monolit logam tersebut yang dikesan pegawai semasa misi rutin hidupan liar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia