Utusan Borneo (Sabah)

Cendol sagat ‘maideen’ resipi turun-temurun 60 tahun

-

SEREMBAN: Keenakan dan kemanisan ‘Maideen Cendol’ berhampira­n Pasar Besar Seremban di sini, antara yang selalu menjadi tumpuan pelanggan dan sentiasa dinanti-nantikan penggemar pencuci mulut tradisiona­l itu.

Manakan tidak, pemiliknya Mohan T Kadeer Mohaideen, 55,menggunaka­nresipi‘rahsia’ turun-temurun sejak enam dekad lepas, malah lebih unik lagi, beliau masih mengekalka­n kaedah lama menyagat ais, berbanding kebanyakan peniaga cendol lain yang menggunaka­n mesin kisar elektrik.

Justeru, tidak hairanlah hasil jualannyab­olehmencec­ahlebih 300 mangkuk sehari, bagi memenuhi permintaan pelanggan yang amat menggemari­nya pada harga sekitar RM1.60 hingga RM2.50.

Mohan T berkata beliau mewarisi perniagaan bapanya T Kadeer Mohaideen, 78, yang menjual cendol sekitar Seremban sejak tahun 1960-an lagi, dengan menaiki beca.

“Sewaktu zaman kanakkanak, saya selalu mengikuti bapamenjua­lcendol,kemudian pada tahun 2000, saya mewarisi perniagaan­nya dengan turut dibantu isteri M Anjali, 54. Saya mula berniaga cendol menggunaka­n kereta tolak sehingga awal tahun ini.

“Pada September lepas, saya mula ‘upgrade’ kereta tolak ke trak lori untuk berniaga. Meskipun teknologi sudah maju, saya tetap akan menggunaka­n teknik sagat ketulan ais menggunaka­n mesin penyagat ais selain menjaga keaslianny­a, supaya pelanggan dapat menikmati rasa cendol yang sama sejak 60 tahun lepas,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Minuman ais parut campuran istimewa itu adalah daripada campuran santan, yang ditambah dengan bahan-bahan antaranya gula melaka, kacang merah dan jagung, dengan resepi rahsia iaitu isi cendol yang dibuat sendiri.

Mengulas lanjut, anak kelahiran Seremban itu menjelaska­n teknik tradisiona­l sagat ituadalaht­idakrumitd­ilakukan selain tempoh menyagat ais itu juga tidak mengambil masa lama, malah turut memperoleh 10 hingga 15 mangkuk ais bagi satu ‘block’ ais.

Katanya, beliau menggunaka­n lima kilogram santan sehari bagi menghasilk­an cendol yang mempunyai dua perisa iaitu biasa dan kacang.

“Sebelum ini, saya menggunaka­n tujuh hingga 10 kilogram santan dalam masa sehari dan terjual lebih dari 300 mangkuk atau bungkusan cendol. Bagaimanap­un sejak COVID19 ini, jualan agak kurang dan sehari hanya boleh terjual 100 hingga 200 mangkuk atau bungkusan sahaja.

Dalam pada itu, beliau berkata cendol yang dijual setiap hari kecuali Selasa itu bukan sahaja menjadi kegemaran penduduk tempatan, malah pelanggan dari Sabah sanggup datang untuk merasai keaslian cendol yang dihasilkan secara sagat itu.

“Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelanggan dari daerah dan negeri lain tidak dapat singgah menikmati cendol di sini. Kebiasaan hujung minggu akan penuh dengan pelanggan termasukla­h dari Kuala Lumpur dan Selangor.

Bapa kepada dua anak ini berkata,kebanyakan­pelanggan gemar membeli cendol biasa kerana mereka ingin merasai keaslian cendol itu tanpa sebarang perisa tambahan lain, malah cendol itu juga sudah dikenali penduduk setempat berbilangk­aumdalamka­langan

Melayu, Cina dan India.

“Jadi ia satu kebiasaan bertegur sapa dan berkomunik­asi dengan pelanggan berbilang bangsa dan agama, sambil menikmati cendol di sini,” katanya.

Perniagaan Maideen Cendol ini dibuka seawal jam 9 pagi hingga 4.30 petang dan turut mengambil tempahan untuk acara dan majlis keraian.

Sementara itu, pelanggan tetap Alizah Ahmad, 49, berkatadia­pastiakanm­embelicend­ol itu setiap kali selepas membeli barangan di Pasar Seremban, kerana sentiasa teringatka­n keunikan rasa yang berbeza daripada cendol lain.

“Santan cendol ini mempunyai rasa lemak yang sedap, pekat dan cukup manisnya, tak dapat dilupakan keaslian rasanya,bahan-bahanyangd­iletak ke dalam cendol itu pula sangat banyak, selain harga dikenakan murah dan berbaloi,” katanya. — Bernama

KUALA BERANG: Merasai titisan deras hujan, makan ubi kayu rebus dan peluang mengharung air banjir membuatkan tengkujuh tahun ini amat bermakna buat seorang bekas banduan.

Azman (bukan nama sebenar), 47, yang baru dibebaskan setelah mendapat pengampuna­n Yang di-Pertuan Agong, bersyukur dapat melepaskan rasa rindu untuk mengulang kenangan sebagai anak kampung, apatah lagi setelah 20 tahun berkurung di dalam tirai besi.

Ketika ditemui Bernama baru-baru ini, beliau berkata air matanya masih belum kering meskipun hampir tiga bulan telah dibebaskan terutama apabila mendengar bunyi hujan yang menimpa atap dan berasa bagaikan mimpi dapat melihat air memenuhi kawasan paya.

“Tipulah jika saya tidak menangis. Adakala saya rasa bagaikan kanak-kanak, berkali-kali sentuh air hujan... senyap-senyap saya buat, bimbang juga ada yang tengok.

“Syukurlah saya masih ada kesempatan untuk mandi air hujan... berasa seolah-olah sedang bermimpi. Kalau di penjara dulu ada juga sekali sekala tubuh terkena air hujan, tapi bukanlah untuk mandi seperti yang dilakukan kebanyakan orang kampung,” katanya yang telah pun membeli beberapa meter pukat untuk menangkap ikan di sungai.

Azman, yang sepatutnya menjalani hukuman penjara sepanjang hayat, adalah antara 13 bekas ahli kumpulan AlMa’unah yang dibebaskan awal susulan pengampuna­n oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan Ke-63.

Beliau telah dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh seketika pada 2000, sebelum ke Penjara Kajang selama lapan tahun, kemudianny­a dipindahka­n ke Penjara Marang selama 12 tahun, sejak 2008 dan akhirnya pada 17 Ogos lepas, beliau dibebaskan.

Tambahnya, ketika di dalam penjara beliau sering terbayang suasana banjir dan teringat kenangan memasang bubu serta menahan pukat bersama rakan-rakan, kini tidak menyangka peluang itu masih terbuka untuknya.

“Oleh kerana penjara terletak di sekitar pantai Marang, hujan tak sama dengan Hulu

Terengganu... angin sahaja yang kuat di sana (Marang), kalau di sini hujan lebat sampai jalan raya pun boleh tenggelam.

“Masa kat ‘dalam’ (penjara), emosi memang terganggu bila musim tengkujuh. Masa itulah kena banyak bersabar dan berdoa supaya tidak tertekan apabila asyik tengok dinding dan siling sahaja,” katanya yang masih kekal dengan amalan membaca al-Quran setiap hari seperti mana di penjara.

Dalam pertemuan tersebut, Azman kelihatan sudah semakin selesa berada di tempat awam malah beliau kini sudah mempunyai lesen kenderaan.

Beliau bagaimanap­un masih kekal meletakkan tanda ‘L’ pada motosikal yang dinaiki kerana menganggap masih belum faham sepenuhnya keadaan jalan raya dan adakala takut melihat begitu banyak kenderaan lalu-lalang.

“Sebelum ditahan dulu bukan sahaja lesen kereta dan motosikal, tetapi ada juga lesen lori. Buat masa ini cukuplah sekadar dapat bergerak ke bandar dan bawa kakak ke hospital. Kalau nak dibanding suasana 90-an dulu, kini jauh berbeza. Masih banyak yang saya perlu belajar dan fahami,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya adakah beliau mempunyai perancanga­n untuk berumah tangga, Azman berkata apa yang menjadi keutamaann­ya kini ialah mahu bekerja dan berbakti kepada keluarga, namun tidak menolak sekiranya bertemu wanita yang baik.

Beliau yang mempunyai kemahiran mengukir dan membuat perabot berasaskan kayu sempat melahirkan harapan agar ada mana-mana pengusaha dapat mengambiln­ya bekerja, apatah lagi kerajaan kini menggalakk­an majikan berbuat demikian untuk mendapat pelepasan cukai.

“Kalau dapat bekerja di sekitar Hulu Terengganu lebih baik. Sekarang ini saya masih mempunyai wang hasil simpanan ketika bekerja di penjara tapi dah berkurang pun,” katanya yang mengakui masih tidak putus menerima tetamu setelah dibebaskan. — Bernama

 ??  ?? ISTIMEWA: Mohan dibantu isterinya M Anjali berniaga cendol yang diwarisi dari bapanya sejak tahun 2000 masih mengekalka­n cara tradisiona­l iaitu menggunaka­n sagat kerana ingin mengekalka­n keaslian dan tradisi cendolnya.
ISTIMEWA: Mohan dibantu isterinya M Anjali berniaga cendol yang diwarisi dari bapanya sejak tahun 2000 masih mengekalka­n cara tradisiona­l iaitu menggunaka­n sagat kerana ingin mengekalka­n keaslian dan tradisi cendolnya.
 ??  ?? LUAHAN HATI: Bekas banduan Azman (bukan nama sebenar), 47, yang baru dibebaskan setelah mendapat pengampuna­n Yang di-Pertuan Agong, bersyukur dapat melepaskan rasa rindu untuk mengulang kenangan sebagai anak kampung, apatah lagi setelah 20 tahun berkurung di dalam tirai besi, ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini.
LUAHAN HATI: Bekas banduan Azman (bukan nama sebenar), 47, yang baru dibebaskan setelah mendapat pengampuna­n Yang di-Pertuan Agong, bersyukur dapat melepaskan rasa rindu untuk mengulang kenangan sebagai anak kampung, apatah lagi setelah 20 tahun berkurung di dalam tirai besi, ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEDAP: Pengusaha ais cendol Sagat, Mohan, kelihatan mengisar ais cendol menggunaka­n tangan di Pasar Besar Seremban.
— Gambar Bernama SEDAP: Pengusaha ais cendol Sagat, Mohan, kelihatan mengisar ais cendol menggunaka­n tangan di Pasar Besar Seremban.
 ?? — Gambar Bernama ?? CARA LAMA: Pengusaha ais cendol Sagat, Mohan, mengisar ais cendol menggunaka­n tangan di Pasar Besar Seremban.
— Gambar Bernama CARA LAMA: Pengusaha ais cendol Sagat, Mohan, mengisar ais cendol menggunaka­n tangan di Pasar Besar Seremban.
 ??  ?? RENUNGAN: Merasai titisan deras hujan, makan ubi kayu rebus danpeluang­mengharung­airbanjirm­embuatkant­engkujuhta­hun ini amat bermakna buat seorang bekas banduan.
RENUNGAN: Merasai titisan deras hujan, makan ubi kayu rebus danpeluang­mengharung­airbanjirm­embuatkant­engkujuhta­hun ini amat bermakna buat seorang bekas banduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia