Utusan Borneo (Sabah)

Penjenayah tetak pesara dipercayai guna laluan belakang

-

KUALA LUMPUR: Perompak yang menetak mati pesara kerajaan dalam kejadian samun di Bukit Bandaraya, Bangsar, di sini awal pagi semalam dipercayai memasuki kawasan perumahan terbabit melalui laluan belakang bagi mengelak dikesan pengawal bertugas.

Wakil pengurusan syarikat pengawal keselamata­n di kawasan perumahan itu Ranveer Singh, 32, berkata, pengawal yang bertugas di kawasan perumahan di Jalan Mambu pada malam kelmarin tidak mengesan sebarang perkara mencurigak­an.

“Pengawal keselamata­n di sini bertugas 24 jam setiap hari dan pasti akan dapat mengesan penjenayah itu jika mereka (memasuki kawasan perumahan) menggunaka­n laluan biasa,” katanya kepada Bernama ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Beliau yang kesal dengan kejadian itu berkata, penduduk di kawasan itu sudah mengemukak­an cadangan untuk menambah bilangan pengawal keselamata­n.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfield­s ACP

Anuar Omar berkata, selepas kejadian, dua suspek kes berkenaan dipercayai melarikan diri ke arah sebuah parit besar di belakang rumah banglo dua tingkat itu.

Katanya, anjing pengesan dapat menjejak suspek sehingga kira-kira 50 meter dari parit besar berkenaan sebelum bau mereka hilang di bahagian air parit itu dan di jalan besar berdekatan.

“Usaha memburu suspek dipergiatk­an dan polis akan mengenal pasti lebih banyak maklumat seperti pakaian dan rupa mangsa untuk dihebahkan,” katanya.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, yang merupakan bekas penyelidik Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) maut akibat ditetak dalam kejadian samun di rumahnya, manakala isterinya, Sarifah Yusof, 70, cedera di tangan kanan akibat ditetak.

Mangsa dipercayai ditetak dengan parang apabila cuba melawan dua lelaki tidak bertopengy­angmemecah­masukdari tingkap bahagian dapur banglo dua tingkat itu. — Bernama

SINGAPURA: Kementeria­n Kesihatan Singapura (MOH) mengesahka­n satu daripada empat kes import yang dilaporkan kelmarin membabitka­n seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 36 tahun.

Diletakkan sebagai kes 58413, lelaki pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia itu dikenakan Notis Duduk di Rumah (SHN).

Menurut kementeria­n dalam data penuh dikeluarka­n malam kelmarin, lelaki berkenaan dan empat kes import yang lain tidak bergejala (asymptomat­ic) dan dikesan menerusi saringan dan pemantauan proaktif.

Kes berkenaan adalah yang kedua direkodkan minggu ini membabitka­n rakyat Malaysia.

Setakat jam 12 tengah hari kelmarin, republik itu melaporkan enam kes baharu dengan satu kes penularan tempatan, menjadikan keseluruha­n kes kepada 58,205.

Satu kematian dilaporkan di Singapura membabitka­n lelaki warga tempatan berusia 68 tahun yang meninggal dunia di National University Hospital susulan komplikasi akibat COVID-19, menjadikan jumlah keseluruha­n 29 kematian direkodkan.

Dikenal pasti sebagai kes 58343, MOH memaklumka­n lelaki terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada 10 Mac atas sebab kerja pulang ke republik itu pada 17 November, dan dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas.

Pesakit itu disahkan positif COVID-19 pada 18 November dan mempunyai sejarah penyakit hipertensi dan jantung.

Kali terakhir Singapura merekodkan kematian pada 12 Oktober selepas dua korban pertama pada 21 Mac.

Hingga kini hampir 99 peratus atau 58,119 kes telah pulih sepenuhnya manakala 32 kes positif masih dirawat di hospital dan tiada pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, 25 pesakit bergejala ringan atau secara klinikalny­a sihat tapi positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Singapura menamatkan kluster terakhir iaitu asrama pekerja asing pada 25 November. — Bernama

GEORGE TOWN: Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila anak lelaki mereka yang berusia setahun empat bulan terperangk­ap di dalam kereta dengan enjin dihidupkan dalam kejadian di Tingkat Paya Terubong 4, Taman Terubong Indah, Air Itam, di sini semalam.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Noor Zahidi Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 12.30 tengah hari.

“Pihak kami dimaklumka­n seorang kanak-kanak lelaki terperangk­ap di dalam kereta jenis Perodua Bezza dalam keadaan enjin dihidupkan selama hampir setengah jam di kawasan letak kenderaan

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor semalam mengarahka­n semua masjid dan surau di negeri ini menangguhk­an penganjura­n majlis sambutan Maulidur Rasul bermula Selasa ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumka­n kelak.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata arahan penangguha­n perumahan itu.

“Sepasukana­nggotadari­pada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dikejarkan ke lokasi kejadian dengan membawa peralatan khas,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, selepas tiba di lokasi, mereka berbincang tentang langkah yang akan diambil dengan ibu bapa kanakkanak tersebut yang kemudian teringat mengenai kunci pendua di rumah mereka.

Malangnya, kunci rumah juga berada di dalam kereta menyebabka­n mereka memutuskan untuk memecahkan kunci pintu rumah bagi mengambil kunci pendua kereta tersebut, katanya.

“Namun, kami tidak sempat memecahkan kunci pintu rumah kerana si bapa berjaya membimbing itu dibuat sebagai langkah pencegahan diambil kerajaan negeri susulan peningkata­n kes COVID-19 di beberapa mukim di daerah negeri ini.

Beliau berkata arahan itu selari dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menitahkan agar semua kadidaerah­mengambill­angkah berjaga-jaga dan mengambil tindakan segera serta tegas dalam usaha membendung anaknya menekan butang menurunkan cermin tingkap kereta,” katanya.

Menurutnya kanak-kanak itu berjaya dikeluarka­n dan dalam keadaan baik sekalipun terperangk­ap dalam keadaan panas kerana pendingin hawa kereta tidak dihidupkan.

Mohamad Noor Zahidi berkata, pihaknya difahamkan kejadian itu berlaku ketika keluarga berkenaan mahu keluar untuk membelibel­ah barang keperluan.

Ibu bapa kanak-kanak itu meletakkan anak mereka di dalam kereta dengan enjin dihidupkan dan pintu ditutup sebelum mengemas barang di dalam but kereta tersebut, namun si anak dipercayai tertekan butang kunci pintu menyebabka­n dia terperangk­ap, katanya. — Bernama penularanw­abakCOVID-19di masjid dan surau negeri ini.

“Penangguha­n bermula 1 Disember 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumka­n kelak setelah mendapat pandangan dan pertimbang­an daripada Majlis Keselamata­n Negara dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya menerusi kenyataan semalam. — Bernama

 ??  ?? HADIR: Yusrizal (kiri) bersama peguam Mohammad Zunun hadir di mahkmah untuk memfailkan saman yang di failkan Persatuan Pengguna Kedah Fail Saman terhadap Pemilik Nasi kandar Saleh Napoh di Pendaftara­n Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Alor Setar , semalam.
HADIR: Yusrizal (kiri) bersama peguam Mohammad Zunun hadir di mahkmah untuk memfailkan saman yang di failkan Persatuan Pengguna Kedah Fail Saman terhadap Pemilik Nasi kandar Saleh Napoh di Pendaftara­n Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Alor Setar , semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia