Utusan Borneo (Sabah)

Juve lumpuh tanpa Ronaldo, seri 1-1 dengan Benevento

-

MANAMA: Lewis Hamilton memberikan pujian yang tinggi kepada sikap profesiona­l pasukannya, Mercedes, pada Sabtu selepas memperbaha­rui lagi rekod dengan menduduki petak pertama perlumbaan buat kali ke-98 dalam kerjayanya menjelang perlumbaan Grand Prix Bahrain.

Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1) itu mempamerka­n pemanduan satu pusingan hampir tanpa sebarang kesilapan pada sesi yang ujian masa kelayakan.

“Ini adalah satu kesinambun­gan tentang apa yang boleh kami lakukan sebagai sebuah pasukan,” kata Lewis, menyedari bahawa ia adalah kali ke-11 di mana dua pemandu Mercedes berada di dua petak pertama perlumbaan dan yang ke-75 keseluruha­nnya.

“Saya kagum dengan pasukan saya dan cara mereka bekerja setiap minggu.

“Untuk berada di sini, di Bahrain dan dapat memberikan satu pusingan seperti ini! Saya hanya datang dan berkata ‘mari kita hanya bergembira’.

“Ia adalah apa yang paling penting dan dengan tekanan sudah tiada lagi, ia agak melegakan untuk memandu seperti hari ini. Ia adalah tentang cuba mencari keseimbang­an sempurna.”

Ditanya bagaimana beliau meraikan kemenangan bersejarah pada Grand Prix Turki di mana beliau menyamai rekod Michael Schumacher dengan memenangi kejuaraan dunia buat kali ketujuh dan juga memenangi perlumbaan buat kali ke-94, beliau menjawab.

“Saya tidak meraikanny­a secara berlebihan. Saya berlatih dan cuba memastikan saya bersedia untuk perlumbaan hujung minggu ini.”

Dengan berbaki dua perlumbaan sahaja lagi musim ini, Hamilton boleh mencapai angka ke-100 untuk petak pertama pada perlumbaan terakhir dan beliau juga mahu meningkatk­an jumlah kemenangan musim ini dari 10 kepada 13, menyamai rekod Schumacher. — AFP

MILAN: Juventus sekali lagi menunjukka­n kebergantu­ngan mereka kepada Cristiano Ronaldo ketika tanpa penyerang sensasi itu, mereka seri 1-1 di Benevento pada Sabtu sementara, Inter Milan menewaskan Sassuolo 3-0 untuk melonjak ke tangga kedua Serie A Itali.

Keputusan seri kelima dari sembilan perlawanan liga buat

Juventus menyebabka­n mereka kekal di tangga kelima, tiga mata di belakang pendahulu liga, AC Milan, yang bermain lewat menentang Fiorentina.

Ronaldo tidak bermain selepas menjaringk­an gol ketika Juventus menewaskan Ferencvaro­s 2-1 untuk mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua Liga JuaraJuara pada Selasa lepas.

“Setiap pasukan ketagih dengan Ronaldo, walaupun di Real Madrid apabila beliau menjaringk­an banyak gol,” kata jurulatih Juventus, Andrea Pirlo, yang menggambar­kan penyerang antarabang­sa Portugal itu sebagai “pemangkin” utama.

Di Emilia-Romagno, Inter bangkit dari kekalahan 0-2 kepada Real Madrid dalam Liga

Juara-Juara dengan memberikan kekalahan pertama Sassuolo musim ini.

Kemenangan meletakkan Inter di tangga kedua, di hadapan Sassuoalo dengan kedua-dua pasukan berkongsi 18 mata selepas sembilan perlawanan.

Pada perlawanan lain, Atalanta tewas 0-2 kepada Hellas Verona. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? UNGGUL: Jentera Hamilton berada di pit hentian selepas sesi kelayakan menjelang Formula 1 GP Bahrain.
UNGGUL: Jentera Hamilton berada di pit hentian selepas sesi kelayakan menjelang Formula 1 GP Bahrain.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia