Utusan Borneo (Sabah)

Hampir dikejutkan Stuttgart dengan gol awal sebelum bangkit untuk menang 3-1, Dortmund tewas ditangan Cologne

-

BERLIN: Robert Lewandowsk­i menjaringk­an gol ke-15 beliau dalam semua pertanding­an pada musim ini ketika pendahulu Bundesliga Jerman itu bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Stuttgart 3-1 sementara Borussia Dortmund dikejutkan dengan kekalahan kepada Cologne pada Sabtu.

Tafakur seminit dibuat sebelum sepak mual semua perlawanan liga Jerman untuk memberi penghormat­an kepada bintang legenda Diego Maradona, yang meninggal dunia pada usia 60 tahun Rabu lepas.

Di Stuttgart, penyerang tuan rumah, Tanguy Coulibaly, 19, meletakkan Stuttgart di hadapan namun Kingsley Coman mengikat kedudukan sebelum Lewandowsk­i menjaringk­an gol pendahulua­n dengan rembatan dari jarak 20 meter.

Douglas Costa, yang dimasukkan menggantik­an Coman dalam separuh masa kedua, melengkapk­an jaringan pada lewat permainan, membolehka­n Bayern kini berkelebih­an dua mata berbanding pencabar terdekat, RB Leipzig.

Jurulatih Bayern, Hansi Flick, mengakui jadual padat memberi kesan kepada pasukannya, yang mengesahka­n tempat ke pusingan kedua Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu dengan berbaki dua perlawanan.

“Saya gembira dengan keputusan ini – kita semua tahu ia bukan mudah untuk bermain pada setiap tiga hari dan saya tahu kami boleh bermain dengan lebih bagus lagi,” kata Flick.

Dortmund di tangga ketiga, kurang empat mata di belakang Bayern selepas tewas mengejut 1-2 kepada Cologne di tempat sendiri.

Kemenangan itu membolehka­n Cologne menamatkan tempoh 18 perlawanan tanpa menang.

Ellyes Skhiri menjaringk­an kedua-dua gol Cologne dari tendangan sudut yang disempurna­kan bekas pemain sayap Dortmund, Marius Wolf.

Ketinggala­n 0-2 pada minit ke-60, jurulatih Dortmund, Lucien Favre memasukan tiga penyerang - Youssoufa Moukoko, Giovanni Reyna dan Thorgan Hazard.

Reyna mengumpan bola kepada Hazard untuk merapatkan kedudukan tetapi gol itu ternyata terlalu lewat untuk menyelamat­kan keadaan untuk memberikan Cologne kemenangan pertama mereka di Dortmund sejak 1991.

Leipzig naik ke tangga kedua selepas menewaskan Arminia Bielefeld 2-1 dengan jurulatihn­ya, Julian Nagelsmann menggambar­kan ia sebagai “aksi terburuk” mereka musim ini.

“Kami memberikan mereka lima atau enam peluang keemasan,” tambah beliau.

Angelino membuka jaringan buat Leipzig dalam separuh masa pertama sebelum Christophe Nkunku, yang baharu dimasukkan selama satu minit, menambah jaringan pada awal separuh masa kedua.

Apa yang menjengkel­kan Nagelsmann ialah Bielefeld, pasukan di tangga kedua dari bawah liga, mempunyai banyak peluang untuk memenangi perlawanan dengan kapten pasukan, Fabian Klos merapatkan kedudukan selain penyerang Leipzig, Alexander Sorloth gagal menyempurn­akan penalti pada minit ke-73 untuk menamatkan saingan.

Schalke, kelab tercorot liga, terus tanpa kemenangan dari 25 perlawanan apabila tewas 1-4 di Borussia Moenchengl­adbach.

Gol kemenangan Moenchengl­adbach dijaringka­n Marcus Thuram, Florian Neuhaus, Oscar Wendt dan Hannes Wolf, membolehka­n mereka naik ke tangga ketujuh liga.

Pada perlawanan lain, Union Berlin seri 3-3 dengan Eintracht Frankfurt sementara Freiburg seri 1-1 di Augsburg. — AFP

Saya gembira dengan keputusan ini – kita semua tahu ia bukan mudah untuk bermain pada setiap tiga hari dan saya tahu kami boleh bermain dengan lebih bagus lagi.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N RANCAK: Sebahagian dari babak-babak aksi perlawanan Bundesliga di antara Stuggart dan Bayern Munich yang berlangsun­g di Stuggart.
PERSEMBAHA­N RANCAK: Sebahagian dari babak-babak aksi perlawanan Bundesliga di antara Stuggart dan Bayern Munich yang berlangsun­g di Stuggart.
 ??  ?? GOL: Perlawanan di antara Dortmund dan Cologne.
GOL: Perlawanan di antara Dortmund dan Cologne.
 ??  ?? ASAK: Perlawanan di antara Leipzig dan Bielefeld.
ASAK: Perlawanan di antara Leipzig dan Bielefeld.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia