Utusan Borneo (Sabah)

Peminat boleh kembali ke stadium Februari depan?

-

KUALA LUMPUR: Peminat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka mula dibenarkan menonton perlawanan di stadium dengan jumlah kehadiran maksimum tidak melebihi 4,000 penonton, bermula bulan depan.

Ia disambut baik beberapa kelab gergasi EPL dengan juara musim 2019-2020 Liverpool, bersedia bekerjasam­a dengan pelbagai agensi penguatkua­saan.

Pengumuman dibuat Perdana Menteri United Kingdom

(UK) Boris Johnson itu, akan memberi impak positif kepada kewangan pasukan, menurut Pengerusi English Football League Rick Parry selepas kesemua kelab dilapor bakal menanggung kerugian kolektif 500 juta pound (RM2.7 billion), kesan COVID-19.

Bagaimanap­un, UK bukan negara pertama yang bakal membenarka­n kehadiran penonton ke stadium, malah negara seperti Perancis, Belanda, Itali, Jerman, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan,

China serta Vietnam, telah melaksanak­an kelonggara­n itu.

Berdasarka­n perkembang­an terkini global, kerajaan diharap dapat mempertimb­angkan kebenaran kehadiran penonton ke stadium dalam skala kecil, jika penganjura­n Liga Malaysia (Liga-M) 2021 yang dijadual bermula Februari tahun hadapan, mendapat ‘lampu hijau’.

Walaupun keselamata­n dan kesihatan menjadi isu utama, juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) membuktika­n penularan COVID-19 dalam kalangan penonton di stadium mampu diatasi, dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Bernama difahamkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telahpun mengorak langkah dalam usaha mendapatka­n kebenaran penonton ke stadium seawal aksi Piala Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, yang menjadi perlawanan pembuka tirai kempen Liga-M 2021. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia