Utusan Borneo (Sabah)

Masiung cadang baucar ganti bakul makanan

-

KOTA KINABALU: Seorang wakil rakyat dari Sabah mencadangk­an kepada kerajaan negeri dan Persekutua­n supaya agihan bantuan bakul makanan COVID-19 di negeri ini digantikan dengan pemberian berbentuk baucar.

Pandangan itu disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah sebagai langkah penambahba­ikan bantuan berkenaan supaya dapat disampaika­n dengan lebih pantas kepada golongan sasar.

“Jika cadangan itu sesuai dan boleh diterima pakai sebagai langkah baharu, penerima bantuan hanya perlu menukar baucar di pasar raya atau kedai barangan yang akan dilantik oleh kerajaan kemudian.

“Sudah tiba masanya kerajaan melaksanak­an sistem yang lebih cepat dan pantas tanpa wujud isu ketirisan, yang sering kali dikaitkan dengan bantuan itu,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurutnya, wujud kelemahan teknikal dalam pengurusan di peringkat negeri dan daerah menyebabka­n penduduk yang benarbenar terkesan dengan COVID-19 lewat menerima agihan bakul makanan.

Isu kelewatan bantuan makanan kepada rakyat Sabah yang terkesan dengan gelombang ketiga COVID19 hangat diperkatak­an ekoran pelbagai masalah bekalan secara bersasar.

Masiung berkata, cadangan itu bukan sahaja mempercepa­tkan agihan bantuan tetapi dapat menjimatka­n kos pengangkut­an, tenaga kerja dan pembungkus­an.

“Pemberian baucar jauh lebih jimat dan pentas berbanding penghantar­an bakul makanan yang dianggap masih berada di takuk lama,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB).

Katanya, penerima baucar boleh memilih sendiri bahan makanan dan keperluan asas seperti susu bayi dan bahan pakai buang mengikut nilai bantuan yang ditetapkan.

Kerajaan negeri menetapkan bantuan COVID-19 sebanyak RM100 kepada golongan sasar dan RM300 untuk bantuan ‘one off’ kepada golongan B40 dan mereka yang berdafar dengan e-Kasih.

Masiung menggesa kerajaan negeri bersetuju mengenai cadangan itu kerana pemberian bakul makanan sudah tidak relevan lagi dan sentiasa dikaitkan dengan unsur ketirisan.

Katanya, cadangan ini merupakan proses penambahba­ikan perkhidmat­an kerajaan kepada rakyat

Sabah yang lebih banyak terkesan dengan gelombang ketiga pandemik COVID19 di negara ini.

 ??  ?? MASIUNG
MASIUNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia