Utusan Borneo (Sabah)

Terkesan dengan COVID-19

Norcy BeautyLab menghasilk­an cecair pembasmi kuman, mampu membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Norcy BeautyLab menjadi antara pihak yang turut terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak awal tahun ini.

Tidak berputus asa dengan cabaran semasa, pengasasny­a Norsiah Ahiddin berkata, mereka menghadapi cabaran berniaga dengan cepat menyesuaik­an diri dan pantas mengambil peluang yang ada.

“Kita amat terkesan dengan wabak ini berikutan kilang kosmetik Norcy BeautyLab tidak dapat menghasilk­an produk sepanjang waktu ini berikutan kekurangan bahan mentah dan pembungkus­an disebabkan pihak pembekal yang turut menutup perkhidmat­an.

“Sebahagian besar pekerja kita juga tidak dapat datang bekerja dan banyak produk gagal dihantar disebabkan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Katanya, beliau juga berhadapan cabaran paling besar iaitu pelanggan tidak dapat datang ke kilang untuk membuat tempahan berikutan PKP selain bahan mentah untuk kosmetik yang terkandas.

“Kesemua halangan serta cabaran itu sedikit pun tidak mematahkan semangat kami malah kami menyesuaik­an diri dan pantas mengambil peluang menghasilk­an cecair pembasmi kuman sendiri yang dikenali sebagai Norcy Hand Sanitizer.

“Norcy BeautyLab adalah salah satu kilang kosmetik di Sabah yang terkenal dalam penghasila­n dan projek penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) pelbagai jenis produk kecantikan.

“Setakat ini kami berjaya membantu ratusan usahawan kosmetik dari Sabah sendiri, Sarawak, Semenanjun­g Malaysia, Brunei dan Singapura untuk menghasilk­an produk kecantikan jenama mereka sendiri,” katanya.

Tambahnya, pada tahun 2019 Syarikat Norcy BeautyLab Sdn Bhd mendapat Anugerah 100 most Outstandin­g SME Sabah dan berjaya memenangi Anugerah Johan Best Product Sabah Oleh Department of Industrial Developmen­t & Research (DIDR) dan Ministry Trade Industry (MTI).

Oleh itu katanya, cecair pembasmi kuman yang dihasilkan diluluskan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan terbukti berkesan melalui ujian makmal untuk dibekalkan kepada barisan hadapan.

“Tindakan untuk menghasilk­an cecair pembasmi kuman bukanlah untuk kepentinga­n keuntungan semata-mata tetapi kita prihatin dengan nasib mereka yang kehilangan pekerjaan sepanjang tempoh PKP.

“Syarikat kami menawarkan tiga bentuk peluang pekerjaan dan cara menjana pendapatan kepada golongan yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19 iaitu dengan menjadi pengasas produk jenama mereka sendiri dengan modal yang sangat rendah.

“Selain itu mereka juga boleh menjadi ejen produk yang dikeluarka­n oleh Norcy BeautyLab serta menjadi pekerja separuh masa di kilang kosmetik Norcy BeautyLab,” katanya.

Dalam pada itu Norcy berkata, walaupun pihaknya mendapat bantuan perniagaan daripada kerajaan termasuk subsidi upah PERKESO dan Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM3,000 sebagai modal tambahan perniagaan pihaknya akan lebih meningkatk­an tahap perniagaan dengan mengambil apa sahaja platform yang ada buat masa ini.

“Dalam fasa pemulihan iaitu PKPP, operasi perniagaan sudah kembali pulih seperti sedia kala dan banyak pengusaha kosmetik sudah mula menempah semula pelbagai jenis produk kosmetik.

“Kita juga menggunaka­n platform secara maya yang berfungsi sebagai one stop center yang menghubung­kan semua pengusaha kecantikan termasuk kilang kosmetik, spa kecantikan, akademi kecantikan dan pengasas produk kosmetik melalui website syarikat www.produkjena­masendiri.com yang berfungsi seperti ecommerce dengan menawarkan pelbagai jenis produk, info dan kelas secara talian,” katanya.

Menurutnya, dia juga bersemanga­t gigih untuk memajukan komuniti agar mampu menawarkan peluang menjana pendapatan kepada mereka yang memerlukan agar dapat bersama-sama mengubah kehidupan.

“Saya juga menasihatk­an mereka yang sedang berlawan dengan pandemik ini untuk meneruskan apa yang dibuat dan jangan mudah putus asa, sebagai usahawan kita kena melihat masalah yang datang adalah sebagai peluang untuk kita menghasilk­an sesuatu untuk masa depan lebih baik.

“Syarikat kami juga ingin menganjurk­an pelbagai kursus penghasila­n dan penggunaan produkprod­uk kecantikan serta latihan keusahawan­an, supaya dapat memberikan kemahiran terutama kepada golongan wanita untuk mereka gunakan menjana pendapatan selepas ini,” katanya.

 ??  ?? HASIL: Kakitangan Norcy BeautyLab diketuai Norcy semasa menghasilk­an produk yang diluluskan KKM.
HASIL: Kakitangan Norcy BeautyLab diketuai Norcy semasa menghasilk­an produk yang diluluskan KKM.
 ??  ?? EDAR: Cecair pembasmi kuman Norcy Hand Sanitizer yang berjaya diedarkan kepada golongan barisan hadapan.
EDAR: Cecair pembasmi kuman Norcy Hand Sanitizer yang berjaya diedarkan kepada golongan barisan hadapan.
 ??  ?? KENANGAN: Kakitangan Norcy BeautyLab merakamkan gambar kenangan bersama.
KENANGAN: Kakitangan Norcy BeautyLab merakamkan gambar kenangan bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia