Utusan Borneo (Sabah)

Hutan rumah kedua kami, kata anggota Senoi Praaq

-

KUALA LUMPUR: Dua insiden tembakan di sempadan Malaysia-Thailand yang meragut nyawa seorang anggota Senoi Praaq atau Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) selain mencederak­an dua lagi, membuka mata masyarakat terhadap kehebatan unit itu dalam menjaga keselamata­n negara.

Senoi Praaq yang bermaksud ‘Orang Perang’, merupakan sebuah batalion dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sebahagian besarnya merupakan Orang Asli yang mempunyai ketangkasa­n, keberanian dan kemahiran ilmu hutan yang tinggi selain tidak gentar berdepan musuh.

Mereka juga digelar ‘Silent Killer’ (pembunuh senyap) oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

Seorang anggota Platun Penjejak Senoi Praaq, Sarjan Mat Esah a/l Chu, 58, berkata hutan ibarat rumah kedua mereka kerana sudah biasa dengan selok-belok di kawasan itu sejak kecil.

“Apabila menyertai PGA, kami diberikan latihan agar lebih bersedia untuk menggalas amanah menjaga kedaulatan sempadan negara,” kata Mat Esah yang turut terlibat dalam penugasan Op Benteng di sempadan Malaysia-Thailand.

Seorang lagi anggota Senoi Praaq, Sarjan Che Min

Anjang, 58, yang telah bersama pasukan itu hampir 42 tahun, berkata PGA yang sebelum ini dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH), sangat disegani kerana pernah terlibat dalam beberapa operasi penting, khususnya Ops Bamboo yang bermula pada 1959 dan tamat pada 1989.

Difahamkan Ops Bamboo merupakan antara operasi paling lama yang pernah dilancarka­n oleh pasukan keselamata­n dalam usaha kerajaan menentang pengganas komunis pascamerde­ka.

Che Min berkata semasa terlibat dalam operasi tersebut, pasukannya sering bertempur dengan komunis kerana peranan PPH pada waktu itu adalah untuk menghalang komunis daripada menarik Orang Asli menyertai kumpulan mereka.

“Jadi tugas Senoi Praaq ialah untuk mengesan dan membunuh komunis,” katanya.

Menceritak­an pengalaman­nya semasa operasi tersebut, beliau yang berasal dari Kampung Pos Pulat, Gua Musang, Kelantan berkata ramai rakan sepasukann­ya terkorban sepanjang operasi berkenaan dan perkara itu bukan sesuatu yang mudah untuk diterima.

“… ada yang putus kaki terkena jerangkap samar, tapi saya bernasib baik tak pernah cedera teruk… saya bersyukur sebab selamat dan dilindungi hingga sekarang,” katanya yang pernah mengikuti operasi di hutan selama lebih dua bulan.

Awal pagi Selasa lepas, seorang anggota Senoi Praaq, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban dan rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, cedera parah, selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.

Pada petang Rabu pula, seorang anggota PGA cedera ringan selepas terkena tembakan ketika sedang bertugas di sempadan MalaysiaTh­ailand dekat Bukit Kayu

Hitam, Kedah.

Ketiga-tiga mereka adalah anggota Batalion 3 PGA berpangkal­an di Bidor, Perak. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BERTUGAS: Tiga anggota Platun Penjejak (dari kiri) Sarjan Mat Esah bersama Koperal Panjang Norgi Ngah dan Lans Koperal Hafizul Shah Nordin, 32, merupakan Platun Penjejak Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terlibat dalam penugasan Op Benteng di Sempadan MalaysiaTh­ailand.
— Gambar Bernama BERTUGAS: Tiga anggota Platun Penjejak (dari kiri) Sarjan Mat Esah bersama Koperal Panjang Norgi Ngah dan Lans Koperal Hafizul Shah Nordin, 32, merupakan Platun Penjejak Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terlibat dalam penugasan Op Benteng di Sempadan MalaysiaTh­ailand.
 ?? — Gambar Bernama ?? DISEGANI: Dua anggota Platun Penjejak Pasukan Gerakan Am (PGA) terlibat dalam penugasan Ops Benteng di Sempadan Malaysia-Thailand.
— Gambar Bernama DISEGANI: Dua anggota Platun Penjejak Pasukan Gerakan Am (PGA) terlibat dalam penugasan Ops Benteng di Sempadan Malaysia-Thailand.
 ?? — Gambar Bernama ?? SERIUS: Dua anggota Platun Penjejak Pasukan Gerakan Am (PGA) terlibat dalam penugasan Ops Benteng di Sempadan Malaysia-Thailand.
— Gambar Bernama SERIUS: Dua anggota Platun Penjejak Pasukan Gerakan Am (PGA) terlibat dalam penugasan Ops Benteng di Sempadan Malaysia-Thailand.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERJAGA: Anggota Platun Penjejak Pasukan Gerakan Am (PGA) terlibat dalam penugasan Ops Benteng di Sempadan MalaysiaTh­ailand.
— Gambar Bernama BERJAGA: Anggota Platun Penjejak Pasukan Gerakan Am (PGA) terlibat dalam penugasan Ops Benteng di Sempadan MalaysiaTh­ailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia