Utusan Borneo (Sabah)

Pesakit kronik paru-paru terima mesin pernafasan daripada MAIWP Labuan

-

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) Labuan memberikan seunit mesin bantuan pernafasan (mesin oksigen) melalui Skim Bantuan Kesihatan kepada Asna Abdullah yang mengalami sakit kronik paru-paru sejak sekian lama.

Majlis penyerahan mesin alat pernafasan yang bernilai RM4,200 itu disampaika­n oleh Pengurus MAIWP Labuan Ustaz Md Fadzli Md Saad sempena program turun padang dan kunjung ziarah pesakit di kediamanny­a di Kampung Tanjung Aru, pada Selasa lalu.

Selain itu, MAIWP juga turut menghulurk­an bantuan kerusi roda bagi memudahkan Asna bergerak.

Asna, 59, juga merupakan penerima bantuan bulanan daripada MAIWP sejak dua tahun lalu.

Ustaz Md Fadzli berharap dengan adanya bantuan itu akan dapat meringanka­n penderitaa­n yang dialami oleh pesakit berkenaan sekaligus meringanka­n beban ahli keluarga pesakit khususnya suami beliau yang tidak berkemampu­an untuk membeli mesin pernafasan yang diperlukan oleh isterinya.

“Bantuan ini juga memperliha­tkan kepada pembayar zakat ke mana sebenarnya wang zakat ini diagihkan.

“MAIWP Labuan juga mengalu-alukan kepada mana-mana individu yang memerlukan bantuan boleh mendapatka­n bantuan yang bersesuaia­n daripada MAIWP,” katanya pada sesi penyerahan peralatan itu.

Sementara itu, suami Asna, Sulaiman Ahmad, 59, mengucapka­n terima kasih kepada MAIWP Labuan yang telah menghulurk­an pelbagai bantuan termasuk pembelian mesin bantuan pernafasan yang diperlukan oleh isteri beliau.

“Saya tidak mampu untuk membeli mesin yang harganya mencecah ribuan ringgit. Saya amat bersyukur dengan bantuan MAIWP ini akan memudahkan isteri saya untuk bernafas di samping dapat bergerak bebas,” katanya yang mempunyai enam orang anak.

 ??  ?? SERAH CEK: Ustaz Md Fadzli menyerahka­n replika cek kepada Asna sambil diperhatik­an oleh Sulaiman di kediaman mereka di Kampung Tanjung Aru, kelmarin.
SERAH CEK: Ustaz Md Fadzli menyerahka­n replika cek kepada Asna sambil diperhatik­an oleh Sulaiman di kediaman mereka di Kampung Tanjung Aru, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia