Utusan Borneo (Sabah)

Mayat lelaki dipercayai meninggal tiga hari sebelum ditemui

- Oleh Henry Bating

LABUAN: Mayat seorang lelaki yang sudah busuk ditemui dalam keadaan duduk di sofa dalam sebuah unit kediaman Apartmen Taman Mutiara dipercayai telah meninggal tiga ke empat hari sebelumnya.

Pemangku Ketua Polis WP Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima aduan tentang perkara itu pada Selasa jam 3.45 petang.

“Keadaan mayat ketika ditemui didapati telah mengeluark­an cecair busuk,” katanya.

Mohd Ibrahim menjelaska­n, dalam laporan dinyatakan penghuni tingkat bawah unit berkenaan melihat cecair seperti darah menitis dari siling unitnya yang terletak di aras tiga perumahan Sungai Bedaun itu.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, pihaknya dengan bantuan bomba pergi ke tempat kejadian dan memotong pagar keselamata­n serta memecahkan pintu yang berkunci.

Katanya, siasatan menunjukka­n mayat itu adalah seorang lelaki Melayu berumur 44 tahun, masih bujang dan bekerja sebagai Pekerja Am Kompeni Komposit KOR Perkhidmat­an Diraja, WP Labuan.

Pegawai perubatan yang dihubungi turut berada di lokasi untuk bersama-sama membantu polis menjalanka­n siasatan.

Mohd Ibrahim menegaskan, siasatan awal ke atas tubuh badan mayat mendapati tiada sebarang kecederaan atau luka ditemui.

“Tiada sebarang bukti yang menunjukka­n terdapat unsur jenayah dilakukan ke atas tubuh badan mayat,” katanya.

Bagaimanap­un, Mohd Ibrahim memaklumka­n mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Labuan untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

Kes disiasat di bawah kes kematian mengejut.

 ??  ?? SIAP: Halim dan Shahelmy mendengar taklimat semasa berada di rumah PJM di sini.
SIAP: Halim dan Shahelmy mendengar taklimat semasa berada di rumah PJM di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia