Utusan Borneo (Sabah)

PPM usir dua bot asing keluar dari perairan Sandakan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Dua buah bot yang dinaiki oleh dua pendatang asing tanpa izin (PTI) dari Filipina diusir keluar ketika cuba menceroboh masuk perairan negara, berhampira­n Pulau Berhala, pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan Deputi Superinten­dan Rusdin Banin berkata, operasi pengusiran itu dilakukan oleh sepasukan polis marin dari Markas Operasi PPM Wilayah 4 Sandakan, kira-kira jam 11.00 pagi.

“Semasa membuat rondaan di kawasan tanggungja­wab, PPM Sandakan telah mengesan dua buah bot dalam keadaan yang mencurigak­an dari perairan

negara jiran yang memasuki perairan negara sebelum ia berjaya dipintas,” katanya.

Hasil pemeriksaa­n polis, beliau berkata, pihaknya mendapati dua lelaki dewasa masing-masing berada di dalam bot terbabit dan mendakwa berasal dari Pulau Taganak, Filipina.

“Dua lelaki bersama bot mereka kemudianny­a diusir keluar dengan diiringi sehingga keluar dari perairan negara,” katanya.

Rusdin berkata, PPM

Sandakan sentiasa komited dalam menjalanka­n tanggungja­wab menguatkua­sakan kawalan pergerakan di kawasan perairan negara khususnya Sandakan bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik COVID19.

“Pihak kami tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempada­nan negara,” tegasnya.

Beliau berkata, pihaknya menggalakk­an masyarakat pesisir pantai dan maritim khususnya menyalurka­n apa-apa maklumat melalui aplikasi WhatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197 atau berhubung ke Gerakan PPM Sandakan di talian 089-221453 untuk memastikan keselamata­n dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

 ??  ?? DIUSIR KELUAR: PPM Sandakan mengarahka­n bot menceroboh masuk perairan negara balik ke negara asal.
DIUSIR KELUAR: PPM Sandakan mengarahka­n bot menceroboh masuk perairan negara balik ke negara asal.
 ??  ?? RUSDIN
RUSDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia