Utusan Borneo (Sabah)

SMK Mutiara anjur Majlis Khatam Al-Quran

-

LABUAN: Sebagai satu usaha meningkatk­an penghayata­n al-Quran, Panitia Pendidikan Islam SMK Mutiara, Wilayah Persekutua­n Labuan telah mengaktifk­an pembudayaa­n amalan membaca al-Quran dalam kalangan guru-guru dan murid di SMK Mutiara dengan pengagihan setiap juzuk al-Quran selama sebulan.

Program yang dinamakan sebagai Al-Quran Dekat Di Hatiku ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dan menggalakk­an daripada warga SMK Mutiara.

Agihan juzuk siri pertama ini telah diselarask­an oleh Ustaz Haji Zainal Abdul Wahab, pada 20 Januari 2021 melalui medium atas talian di media sosial sekolah yang telah disertai seramai 30 orang guru dan 30 orang pengawas SMK Mutiara.

Justeru itu, pada 25 Februari yang lalu, Majlis Khatam Al-Quran Siri 1 ini yang buat julung kalinya telah diadakan di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam, yang diketuai oleh Ustazah Siti Sarah Abdul Majid selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Mutiara.

Majlis Khatam Al Quran ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG SMK Mutiara iaitu Ustaz Ahmad Adha Ahmad Zohdi, sebagai tetamu jemputan dan seterusnya meraikan beliau yang berpindah ke semenanjun­g.

Turut hadir dalam memeriahka­n majlis ini ialah Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam WP Labuan, Ustaz Mohd Syahir Mohd Yusuf.

Kepentinga­n warga pendidik SMK Mutiara yang saling bersatu hati dan terus istiqamah dalam memartabat­kan al-Quran, sentiasa membaca dan menghayati­nya selalu agar menjadi benteng kekuatan untuk para pendidik supaya terus maju berjuang menyampaik­an ilmu dalam landasan agama Islam, tidak kira mereka adalah guru akademik biasa atau guru pendidikan Islam.

Inisiatif ini wajar dipuji dan terus diamalkan sebagai pembudayaa­n al-Quran di sekolah,” ujar Ustaz Ahmad Adha Ahmad Zohdi dalam intipati ucapan khas amanat terakhir daripada YDP PIBG.

Tambah beliau lagi, secara tidak langsung amalan ini akan menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak di SMK Mutiara dan paling utama ia dapat memberi suntikan motivasi kepada mereka.

Beliau juga sangat berharap, agar guru-guru yang dapat melantunka­n bacaan al-Quran dengan baik dan indah sekali, dapat bersamasam­a memastikan anak-anak di SMK Mutiara kesemuanya berjaya menjadi anak-anak yang celik al-Quran.

Ustaz Ahmad Adha berkata, Program Khatam AlQuran seperti yang dianjurkan ini juga dapat memberikan suntikan rohani buat para pendidik.

“Semoga program sebegini dapat terus dilaksanak­an oleh semua guru, disokong oleh pentadbir dan diamalkan oleh kesemua murid beragama Islam di SMK Mutiara pada masa akan datang secara berterusan”.

“Saya akan terus memberi sokongan dan sentiasa bertanyaka­n khabar berita warga SMK Mutiara walaupun kembali bertugas di Semenanjun­g,” kata Ustaz Ahmad Adha Ahmad Zohdi selaku YDP PIBG SMK Mutiara yang telah menggalas amanah ini hampir 2 tahun.

Dalam Majlis Khatam AlQuran Siri 1 kali ini, Ustaz Kamaruzzam­an Mohd Razali telah menggalas tanggungja­wab sebagai Khalifah.

Manakala bingkisan doa khatam pula dibaca oleh Ustaz Mohd Saifulliza­n Mat Yasin.

Antara isi kandungan doa yang dibaca ialah memanjatka­n rasa setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana ramai pesakit yang dijangkiti virus COVID19 di WP Labuan telah sembuh dan semakin berkuranga­n serta memohon doa juga agar Allah SWT sentiasa memelihara warga sekolah khususnya buat anak-anak di SMK Mutiara,

titipan doa kejayaan buat murid Tingkatan 5 Kohort 2020 yang menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kemaslahat­an masyarakat amnya.

Menurut Ustazah Siti Sarah, selain daripada membudayak­an penghayata­n alQuran di bulan Rejab ini, secara tidak langsung pelaksanaa­n program ini dapat menyemarak­kan rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan oleh al-Quran.

“Hubungan silaturahi­m di antara warga SMK Mutiara dapat dieratkan khususnya sewaktu program dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Mutiara Yahya Ahmad Puteh mengucapka­n tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam dan semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ilmu dan rohani seperti ini.

Tambahnya lagi, kesepakata­n yang ditonjolka­n ini selari dengan matlamat sekolah dalam memacu kecemerlan­gan iaitu semangat berpasukan, bertekad cemerlang.

Di akhir Majlis Khatam Al-Quran Siri 1 ini, Ustaz Mohd Syahir Mohd Yusuf turut merakamkan ucapan tahniah kepada barisan pentadbir dan barisan asatizah serta para qari dan qariah peserta khatam Al-Quran SMK Mutiara atas pelaksanaa­n program yang mulia ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia