Utusan Borneo (Sabah)

Rentas daerah ikut zon tanda kerajaan negeri bimbang keselamata­n rakyat

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Keputusan kerajaan negeri yang turut memberi kebenaran pergerakan rentas sempadan walaupun hanya mengikut zon yang ditetapkan diterima baik penduduk di daerah ini.

Tindakan kerajaan itu diumumkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun pada Rabu lalu yang menetapkan arahan itu berkuat kuasa mulai 5 sehingga 18 Mac depan.

Idris Syamsudin, 42, berkata, syarat kebenaran rentas sempadan yang diamalkan di Sabah menunjukka­n pemimpin di negeri ini sangat sayang dan bimbangkan tahap keselamata­n rakyatnya.

“Kerajaan dilihat tidak mahu membuat keputusan yang terburu-buru walaupun sudah berjaya melandaika­n kadar jangkitan wabak di negeri ini sehingga keadaan betul-betul selamat.

“Pengalaman sebelum ini membuatkan kerajaan negeri mengambil langkah berjaga-jaga demi menjamin kesihatan rakyat dan sektor ekonomi yang baharu mahu bangkit semula,” katanya.

Menurutnya, keprihatin­an dan keputusan berani pemimpin di negeri ini terhadap rakyatnya perlu dijadikan contoh kepada semua negeri di Malaysia agar dapat memutuskan jangkitan wabak di negara kita.

“Memang terdapat sindiran dan kecaman daripada rakyat sebelum ini kerana Sabah satusatuny­a negeri yang menolak untuk membuka ruang rentas daerah walaupun persekutua­n sudah membenarka­n.

“Namun, kebijaksan­aan kerajaan negeri membenarka­nnya mengikut zon sudah cukup melegakan rakyat di negeri ini dan tindakan itu adil kepada semua pihak,” katanya.

Bagi Noraini Mohd Musah, 60, pula berkata kebenaran rentas sempadan mengikut zon merupakan tindakan yang sangat bertepatan bagi mengelak terlalu banyak pergerakan orang ramai di kawasan tumpuan terutamany­a di tempat pelanconga­n.

“Dalam keadaan penularan wabak COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya, kerajaan perlu mengambil tindakan mengehadka­n pergerakan orang ramai di satu-satu kawasan.

“Kerajaan sudah pernah melonggark­an pergerakan ke seluruh daerah dan negeri sebelum ini, namun natijahnya wabak COVID-19 terus mengganas dengan lonjakkan individu yang positif mendadak naik,” katanya.

Beliau berkata, vaksin yang merupakan ikhtiar kerajaan dalam membendung penularan wabak di negara ini masih belum mencukupi untuk diberikan kepada semua rakyat.

“Selagi semua rakyat belum menerima suntikan vaksin, kita perlu berjagajag­a kemungkina­n akan berlaku gelombang penularan seterusnya sekiranya tiada pengawalan pergerakan.

“Rakyat jangan terlalu teruja dengan penurunan kadar jangkitan wabak kerana ianya boleh meletup kembali sekiranya prosedur operasi standard (SOP) tidak diamalkan dengan baik,” katanya.

Noraini berkata, kebenaran mengikut zon ini sudah pasti boleh melegakan sedikit mereka yang mempunyai keluarga terdekat untuk saling melawat.

“Bagaimanap­un, sekiranya tiada keperluan mendesak, masyarakat dinasihatk­an untuk terus berada di dalam daerah sahaja sehingga keadaan betul-betul pulih,” katanya.

 ??  ?? IDRIS
IDRIS
 ??  ?? NORAINI
NORAINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia