Utusan Borneo (Sabah)

Pedalaman masih rekod kes positif tertinggi

Kluster Kuala Punteh di Keningau catat pertambaha­n sebanyak tujuh kes, kata Masidi

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Daerah-daerah pedalaman seperti Nabawan dan Keningau masih merekodkan angka kes positif COVID-19 tertinggi di negeri ini sehingga Jumaat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata Nabawan mencatat 24 kes manakala Keningau 22 kes.

“Satu kluster baharu turut direkodkan iaitu, Kluster Kuala Punteh di Keningau yang menyaksika­n pertambaha­n tujuh kes yang membawa kepada jumlah kumulatif 22 kes.

“Kes indeks dikesan melalui saringan pra kemasukan ke hospital di salah satu pusat perubatan di Keningau pada 26 Februari,” katanya, pada sidang media, di sini, semalam.

Masidi berkata hasil penelitian, kes indeks mendapat jangkitan daripada ahli keluarga serumah yang menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina pada 11 Februari.

“Begitu juga, sambutan Chap Goh Mei (26 Februari) dan berkumpul sempena musim menunai padi semenjak 14 Februari,” katanya.

Beliau berkata ketika ini juga, Pejabat Kesihatan Keningau masih giat menjalanka­n aktiviti saringan melibatkan kontak-kontak rapat daripada kumulatif kes yang dikesan.

Mengulas lanjut, beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) merekodkan 97 kes positif baharu COVID-19 yang menjadikan jumlah kumulatif mencapai 53, 313 kes.

Daripada jumlah itu, 49 kes berpunca saringan kontak rapat, tujuh kes saringan bergejala, 24 kes hasil saringan kluster baharu dan sedia ada, tujuh kes saringan bersasar serta 10 kes lain-lain kategori.

“Pada masa sama, 95 pesakit dilaporkan sudah sembuh dan discaj dari hospital sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh melibatkan 51, 964 orang keseluruha­nnya.

“686 pesakit menjalani rawatan, iaitu 248 orang di hospital, 431 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Awam dan tujuh di Pusat Tahanan Sementara / Penjara.

“Bilangan pesakit COVID19 dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah seramai 28 orang dan 14 orang daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Hal-hal lain, Kerajaan Negeri kini membenarka­n masa operasi sektor ekonomi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam selari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Rekod bantuan bakul makanan pula menunjukka­n 283, 233 bantuan sudah diagihkan semalam kepada golongan terkesan menerusi Program Bantuan Prihatin COVID-19.

Laporan sekatan jalan raya (SJR) pula didapati sebanyak 49 SJR dijalankan dalam tempoh 24 jam dan melibatkan pemeriksaa­n 22, 316 kenderaan dengan 29 kenderaan diarah berpatah balik.

Sebanyak 15 kompaun turut dikeluarka­n akibat kegagalan mematuhi SOP PKPP dan polis turut menggerakk­an kereta peronda untuk menyebarka­n 67 hebahan di seluruh negeri.

Sanitasi awam turut dilakukan semalam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di Tambunan, Keningau dan Semporna melibatkan empat premis.

Turut direkodkan, 67 hebahan awam melalui Program Info On Wheels Jabatan Penerangan Malayasia Sabah di 12 daerah dan 156 hebahan umum daripada Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia