Utusan Borneo (Sabah)

Umat Islam diajak terus berusaha

Hayati dan terjemahka­n mesej al-Quran dalam urusan seharian

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Umat Islam di negeri ini diajak supaya berusaha menghayati dan menterjema­hkan saranan atau mesej kalamullah al-Quran dalam urusan seharian.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata al-Quran kitab wahyu Allah kepada Nabi Muhammad sebagai petunjuk hidayah, rahmat dan syifa (penawar) manusia.

“Al-Quran adalah bukti kasih sayang Allah kepada makhluk ciptaanNya dan sebuah kitab sempurna yang menjadi neraca terbaik dalam mengatur kehidupan,” katanya.

Tun Juhar berkata demikian semasa menyampaik­an perutusan perasmian sempena Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Hadiah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri 2021 Masihi/1442 Hijrah, di Wisma MUIS, di sini, malam semalam.

Menurutnya, al-Quran menyeru manusia supaya membaca kerana dengan ilmu juga yang dapat meningkatk­an darjat dan martabat insan di dunia termasuk pembentuka­n tamadun.

“Ketinggian peradaban dan tamadun Islam suatu ketika dahulu misalnya menjadi rujukan tamadun lain. Semua ini berlaku dengan adanya anugerah akal yang Allah kurniakan.

“Akal begitu penting untuk manusia sehinggaka­n amat banyak ayat al-Quran yang menuntut kita membuat pemerhatia­n, kajian, penaakulan dan sebagainya,” katanya.

Tun Juhar percaya manifestas­i kandungan kitab itu juga memberi gambaran betapa perlunya keseimbang­an antara tuntutan pembanguna­n material dan modal insan.

Mengulas lanjut, beliau mengingatk­an seluruh rakyat di negeri ini supaya terus menjaga kebersihan dan kesihatan diri bersama keluarga serta mematuhi saranan kerajaan.

Pada majlis itu, juara qari

Majlis Tilawah Al - Quran disandang wakil Semporna Mohd Ayub Maidi, diikuti Hamdi Yusof (Papar) dan Muhammad Umar Jimar (Kota Belud).

Manakala, juara qariah pula wakil Keningau Nadirah Syazwani Sapari, sementara tempat kedua Nabilah Syafawati

Sapari (Nabawan) dan ketiga Sanayah Janaid (Sipitang).

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Ariffin Arif dan menteri serta pembantu menteri Kerajaan Negeri lain.

 ??  ?? PERUTUSAN: Tun Juhar mengajak umat Islam di negeri ini berusaha menghayati dan menterjema­hkan saranan atau mesej kalamullah al-Quran dalam urusan seharian.
PERUTUSAN: Tun Juhar mengajak umat Islam di negeri ini berusaha menghayati dan menterjema­hkan saranan atau mesej kalamullah al-Quran dalam urusan seharian.
 ??  ?? PATUH SOP PKPP: Kehadiran tetamu kali ini diterhadka­n dan ditempatka­n secara berjarak antara satu sama lain sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
PATUH SOP PKPP: Kehadiran tetamu kali ini diterhadka­n dan ditempatka­n secara berjarak antara satu sama lain sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
 ??  ?? IRING: Ketibaan Tun Juhar disambut dan diiringi oleh Ariffin memasuki dewan utama.
IRING: Ketibaan Tun Juhar disambut dan diiringi oleh Ariffin memasuki dewan utama.
 ??  ?? QARIAH: Tun Juhar menyampaik­an hadiah kepada juara qariah Nadirah Syazwani Sapari.
QARIAH: Tun Juhar menyampaik­an hadiah kepada juara qariah Nadirah Syazwani Sapari.
 ??  ?? QARI: Juara qari Mohd Ayub Maidi menerima hadiah daripada Tun Juhar.
QARI: Juara qari Mohd Ayub Maidi menerima hadiah daripada Tun Juhar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia