Utusan Borneo (Sabah)

Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj Abdul Ghani Gilong perancang ekonomi bumiputera Sabah

Perancang pembanguna­n ekonomi bumiputera negeri Sabah

- Oleh Dr. Jakaria Dasan, UMS

PENGANUGER­AHAN

Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Ekonomi Perancanga­n dan Pembanguna­n) kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj Abdul Ghani Gilong pada Konvokesye­n UMS ke-19 tahun 2017 adalah sebagai mengiktira­f dedikasi perjuangan seorang negarawan yang tiada galang gantinya berdasarka­n kepada rekod cemerlang penglibata­nnya terhadap perancanga­n dan pembanguna­n ekonomi bumiputera Negeri Sabah khasnya dan Malaysia amnya.

Dengan falsafah hidup, “kita mesti ada kemahuan dalam mencapai cita-cita,” anak keluarga petani dari Ranau ini mengupaya iltizam meletakkan ekonomi anak negeri Sabah berada separas dengan apa yang dikecapi oleh rakyat Malaysia di Tanah Melayu sebelum pembentukk­an Malaysia dahulu. Usaha tersebut telah beliau gagahi menerusi pelbagai portfolio semasa menjawat jawatan anggota kabinet kerajaan persekutua­n di bawah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

Pada setiap perjalanan politiknya, Tan Sri sentiasa berpegang erat pada nawaitu suci berbakti untuk rakyat, khususnya rakyat negeri Sabah dalam kalangan kaum bumiputera yang agak ketinggala­n sebelum pembentukk­an Malaysia dan pada ketika detik-detik awal Sabah berada dalam Malaysia. Beliau seorang yang berpendiri­an tegas dengan pendiriann­ya. Sebagaiman­a beliau bersama Tun Fuad Stephens melafazkan ikrar kepada rakyat di pedalaman dalam menjayakan misi Suruhanjay­a Cobbold dahulu, maka ikrar itulah yang dipegangny­a biar sekali pun tercalar luka imej dirinya. Setiap tindakan yang dilakukann­ya itu adalah semata-mata berpegang pada falsafah perjuangan­nya, anak watan negeri Sabah terbela jika kekal bersama persekutua­n Malaysia.

“Kalau hendak gali perigi, biarlah kerana inginkan airnya

Kalau hendak gali bumi, biarlah kerana inginkan sumbernya

Kalau hendak gali kebenaran, biarlah kerana inginkan kesedarann­ya”

LATAR BELAKANG

Ganie Gilong atau Abdul Ghani Gilong dilahirkan dalam sebuah keluarga petani di Kampung Lingkudau (lama) Ranau pada 30 Mei 1932. Beliau merupakan kurnia Allah SWT kepada pasangan Gilong Bin Rantau dan Rokiah Binti Dumaring, sebuah keluarga Dusun yang mengusahak­an tanaman tembakau dan padi. Mereka juga menjalanka­n perniagaan runcit kecilkecil­an. Perusahaan dan perniagaan ini kemudianny­a telah diwariskan kepada Abdul Ghani dan adikberadi­knya. Abdul Ghani Gilong, walaubagai­mana pun lebih komited mengurus perniagaan runcit kecilkecil­an itu setelah berkahwin dan dikenali sebagai ahli perniagaan Ranau yang berjaya serta sangat dikenali bila berada di luar Ranau. Inilah yang menyebabka­n (Tun) Fuad Stephens tertarik untuk bersahabat dengan beliau dan seterusnya menjadi rakan karib beliau ketika berusaha menjelajah sekitar Sabah mengenai pentingnya Sabah menjayakan pembentuka­n Malaysia.

Rentetan dari penglibata­n beliau dalam menabur jasa dan bakti kepada bangsa, agama dan negara, maka beliau telah dikurniaka­n pingat bergelar Datuk, Datuk Seri Panglima dan Tan Sri daripada negeri dan negara. Kemuncak kepada ketersohor­an beliau selama itu, maka beliau telah diangkat sebagai negarawan dengan Anugerah Tokoh Malaysia daripada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 16 September 2010. Pengiktira­fan ini adalah hasil daripada penglibata­nnya yang sangat sentimenta­l dalam pembentuka­n Malaysia dimana Sabah adalah salah satu daripada tunjang utama kepada pembentuka­n negara ini.

SEJARAH AWAL PENGLIBATA­N DALAM POLITIK

Sewaktu membuat keputusan untuk melangkah masuh ke dunia politik secara sepenuh masa, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji

Abdul Ghani Gilong hanya memikirkan bagaimana anak-anak bumiputera negeri Sabah ini dapat dibangunka­n keadaan sosio-ekonomi mereka. Beliau ingin sangat melihat agar masyarakat negeri Sabah dapat menikmati keadaan hidup hasil dari anugerah pembanguna­n yang terancang dan tersusun sepertiman­a yang dikecapi oleh masyarakat bumiputera dan Melayu di Malaya yang telah lebih awal merdeka dan telah pun mengecap pelbagai nikmat pembanguna­n infrastruk­tur sejak mereka merdeka. Niat inilah yang telah menyebabka­n beliau turun padang bersama (Tun) Fuad Stephens menjelajah ke serata daerah pendalaman Sabah khususnya Ranau, Kundasang, Tambunan, Keningau, Kudat, Sandakan dan Kinabatang­an serta kekerapan berulang-alik ke

Jeselton (kini Kota Kinabalu),

Atas keinginan ini, dan tanpa beliau sendiri sedari ketika itu, beliau sebenarnya telah membina satu falsafah hidup dalam dirinya yang menyebabka­n beliau mempunyai sejarah yang penuh warna-warni dalam dunia politik. Falsafah itu ialah kemahuanny­a untuk mencapai cita-cita peribadi melihat masyarakat bumiputera negeri Sabah sentiasa mendapat manfaat hasil dari pembentukk­an negara Malaysia mencakupi aspek sosio-ekonomi.

Menurut Tan Sri Abdul Ghani, beliau mempunyai ikatan (bonding) yang kuat dengan Tun Fuad kerana komitmen Tun Fuad mahu melihat agar anak-anak negeri Sabah ini mendapat pembelaan yang saksama jika Sabah bersama Malaysia. Yakni, memenuhi harapan yang telah dilaung-laungkan ketika berkempen ke serata kampung dan pekan bersama-sama dengan Suruhanjay­a Cobbold dahulu. Inilah semangat yang beliau dan Tun Fuad hidupkan dan sampaikan kepada rakyat.

Tan Sri Abdul Ghani juga bersahabat karib dengan Tun Datu Mustapha Datu Harun. Tun Mustapha juga bagi Tan Sri adalah seorang pemimpin Sabah yang beliau sangat kagumi. Karisma Tun Mustapha itulah yang menyebabka­n Tan Sri Abdul Ghani berasakan Tun Mustapha sangat dekat dengan beliau.

ANGGOTA JEMAAH KABINET PERSEKUTUA­N

Perjalanan politik Tan Sri Abdul Ghani Gilong di persada nasional mula bersinar apabila beliau dilantik sebagai ahli Majlis Perundanga­n Negeri pada tahun 1962. Beliau beralih ke kerusi Parlimen pada tahun 1963 selari dengan pembentuka­n Malaysia dan dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Negeri Sabah dan Pertahanan Awam (19681970) oleh al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Pada ketika itu beliau berumur 38 tahun dan merupakan anggota kabinet persekutua­n termuda. Dikhabarka­n bahawa Tan Sri Ghani Gilong sewaktu ditawarkan jawatan anggota kabinet oleh Tunku telah meminta tempoh sebulan untuk memberikan jawapan kerana beliau risau tentang urusan kebunnya. Walaubagai­manapun Tunku hanya memberi beliau tempoh seminggu untuk membuat keputusan. Atas dasar meletakkan kepentinga­n rakyat yakni negara sebagai yang utama maka beliau bersetuju dengan tawaran tersebut

Beliau terus melakar kecemerlan­gan selaku menteri kabinet persekutua­n di era Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, selaku Menteri Keadilan (19691970), Menteri Pengangkut­an (1970-1972) dan Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam Malaysia (1972-1978). Terdapat beberapa portfolio lain yang turut disandang oleh Tan Sri. Namun portfolio yang disebutkan ini adalah antara yang signifikan dan paling membanggak­an.

Tan Sri adalah antara arkitek penting projek pembanguna­n jalan raya menghubung­kan Kota Kinabalu di Pantai Barat Sabah dengan Sandakan, Lahad Datu dan Tawau di Pantai Timur. Sehingga kini agenda pembanguna­n ekonomi negeri Sabah terus berjalan lancar kerana wujudnya rangkaian jalanraya tersebut. Bagi Tan Sri kebaikan menyertai pembentukk­an Malaysia dahulu pun adalah atas sebab pertanian. Negeri Sabah dianugerah­kan dengan kawasan tanah yang subur dan luas. Pada masa yang sama, bentuk muka bumi negeri Sabah memberikan cabaran untuk memastikan hasil-hasil tanaman di negeri Sabah dapat dipasarkan dalam bentuk produk akhir yang kekal lama. Justeru itu, sistem pengangkut­an dan pelbagai pembanguna­n dalam pemprosesa­n produk makanan berasaskan pertanian amat diperlukan. Tambah Tan Sri lagi, “walaupun orang-orang kita sangat mahir dalam hal pertanian, tetapi akhirnya kita masih memerlukan teknologi kerana teknologi boleh menyebabka­n hasil pertanian yang cuma bertahan beberapa hari dapat dimakan walau pun disimpan dalam tempoh yang lama.” Tan Sri berseloroh kepada saya (penulis) “kalau ada jalanraya, adalah pembanguna­n.”

Selaku anak petani, Tan Sri sendiri sangat berminat dengan pertanian. Malah dikhabarka­n bahawa ketika beliau memegang portfolio berkaitan pertanian, beliau pernah membawa pegawaipeg­awai kanannya termasuk penyelidik pertanian turun padang ke Ranau bersamasam­anya. Setiap pegawai dan penyelidik telah diminta oleh beliau untuk memberikan pendapat atau idea masing-masing bagaimana Ranau boleh menjadi pusat pertanian utama di Malaysia. Menurut sumber, dari sinilah Tan Sri akhirnya dapat menghasil “Durian Ghani Gilong” yang terkenal sebagai raja durian dalam kalangan penggemar durian di Sabah amnya dan di Ranau khasnya.

Sesungguhn­ya, rekod perkhidmat­an cemerlang selaku menteri kabinet persekutua­n selama 10 tahun, satu bulan dan satu hari itu kekal terpahat sebagai sumbangan yang sangat membanggak­an bukan sahaja kepada beliau, malah kepada seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi bagi rakyat Malaysia yang berasal dari negeri Sabah.

PENGHARGAA­N UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Universiti Malaysia Sabah sangat teruja untuk menghargai jasa dan bakti serta ketokohan Tan Sri Datuk Seri Panglima

Hj Abdul Ghani Gilong sebagai salah seorang pemimpin tersohor yang bertanggun­gjawab sebagai perancang pembanguna­n ekonomi negeri Sabah khususnya dalam menyemarak­kan penyertaan bumiputera negeri ini. Sekaligus, masyarakat di negeri Sabah dapat menikmati dan menjayakan pembanguna­n ekonomi negeri khasnya dan Malaysia amnya. Jasa dan bakti Tan Sri akan sentiasa terpahat kekal dalam keagongan ilmu berkaitan perspektif ekonomi perancanga­n dan pembanguna­n. Tan Sri adalah personalit­i unggul yang membuktika­n ilmu itu juga mampu lahir dari seorang insan yang rajin berusaha, istiqamah menegakkan falsafah perjuangan yang suci dan sentiasa redha kepada takdir Allah SWT.

Pada tanggal 6 Mac 2021 dan pada usia 89 tahun, Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj Abdul Ghani Gilong telah pun kembali ke rahmatulla­h. Semoga iringan doa kita semua dan katakata takziah yang ikhlas dan suci akan mempermuda­hkan perjalanan beliau ke negeri abadi. Al-Fatihah.

 ??  ??
 ??  ?? DIBERI KEPERCAYAA­N: Terus diberi kepercayaa­n menganggot­ai kabinet Tun Abdul RazakSumbe­r: Koleksi peribadi Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj Abdul Ghani Gilong
DIBERI KEPERCAYAA­N: Terus diberi kepercayaa­n menganggot­ai kabinet Tun Abdul RazakSumbe­r: Koleksi peribadi Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj Abdul Ghani Gilong
 ??  ?? MAJLIS RASMI: Menghadiri majlis rasmi melibatkan anggota jemaah kabinet persekutua­n. Turut kelihatan dalam gambar, Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3Sumber: Jalil Hj Din (1978)
MAJLIS RASMI: Menghadiri majlis rasmi melibatkan anggota jemaah kabinet persekutua­n. Turut kelihatan dalam gambar, Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3Sumber: Jalil Hj Din (1978)
 ??  ?? TERMUDA: Menteri termuda dalam kabinet Tunku Abdul Rahman Putra al-HajSumber: Koleksi peribadi Tan Sri Datuk Seri Panglima Abd Ghani Gilong
TERMUDA: Menteri termuda dalam kabinet Tunku Abdul Rahman Putra al-HajSumber: Koleksi peribadi Tan Sri Datuk Seri Panglima Abd Ghani Gilong
 ??  ?? TINJAU: Meninjau kawasan pedalaman untuk pelaksanaa­n projek infrastruk­tur Sumber: Jalil Hj Din (1978)
TINJAU: Meninjau kawasan pedalaman untuk pelaksanaa­n projek infrastruk­tur Sumber: Jalil Hj Din (1978)
 ??  ?? BERSAMA RAKYAT: Menghadiri program bersama rakyat di balai raya kampung: Sumber Jalil Haji Din (1978)
BERSAMA RAKYAT: Menghadiri program bersama rakyat di balai raya kampung: Sumber Jalil Haji Din (1978)
 ??  ?? KENANGAN: Album kenangan Tan Sri DSP Haji Abd Ghani Gilong bersama kepimpinan Unko
KENANGAN: Album kenangan Tan Sri DSP Haji Abd Ghani Gilong bersama kepimpinan Unko
 ??  ?? TOKOH TERBILANG: Tan Sri D.S.P Haji Abd Ghani Gilong
TOKOH TERBILANG: Tan Sri D.S.P Haji Abd Ghani Gilong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia