Utusan Borneo (Sabah)

INSTITUSI ISLAM TERUS DIPERKASAK­AN

Kerajaan Negeri gariskan faktor modal insan capai hala tuju Sabah Maju Jaya

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus komited menyediaka­n pelbagai peruntukan terutama dalam memperkasa institusi Islam dengan prasarana yang sesuai.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata selaras dengan itu juga, penting untuk mewujudkan umat Islam berilmu khususnya memahami inti pati al-Quran.

“Kitab suci al-Quran menyediaka­n sudah ramuan dan formula mampan untuk ummah mendepani cabaran serta rintangan pada setiap zaman,” katanya.

Hajiji berkata demikian sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 2021 Masihi/ 1442 Hijrah, di Wisma MUIS, di sini, malam semalam.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sudah menggarisk­an faktor modal insan sebagai asas mencapai hala tuju

Sabah Maju Jaya yang bakal dilancarka­n dalam tempoh terdekat.

“Terasnya adalah ilmu dan kemahiran, selain mengukuhka­n silaturahi­m, mewujudkan semangat perpaduan, sayangmeny­ayangi serta memupuk semangat patriotism­e.

“Semangat muhibah yang dijana dengan rasa saling menghormat­i dan kesefahama­n antara agama, kaum serta budaya perlu dipertahan untuk manfaat kita bersama.

“Keamanan dan keharmonia­n penting demi kelangsung­an negeri kita dan sebab itu juga penting untuk masyarakat berbilang kaum menyubur prinsip keharmonia­n,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mengajak umat Islam di negeri ini berusaha memahami konsep Fiqh Sahabi berteraska­n Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang diusahakan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata semua pihak perlu belajar untuk menjalani hidup bersama dengan pemahaman dan penerimaan kepelbagai­an atau perbezaan merangkumi pelbagai perkara.

“Saya juga menyeru rakyat Sabah supaya bersatu mencari pendekatan yang relevan meskipun ada pihak yang ghairah memainkan isu dan cuba menggugat negara bangsa.

“Rakyat diharap tidak mudah percaya atau cepat terpengaru­h dengan hasutan atau sebaran tular yang tidak pasti, tenang serta bijak menapis maklumat diterima,” katanya.

Menyentuh majlis yang diadakan juga, Hajiji memuji penganjura­nnya yang disifatkan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

 ??  ?? APRESIASI: Hajiji menyerahka­n cenderamat­a kepada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin yang merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 2021 Masihi/ 1442 Hijrah, di Wisma MUIS, Kota Kinabalu.
APRESIASI: Hajiji menyerahka­n cenderamat­a kepada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin yang merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 2021 Masihi/ 1442 Hijrah, di Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia