Utusan Borneo (Sabah)

Jambatan Gantung Tamparuli bakal berubah wajah jadi lebih menarik

- Oleh Yap Siong Han

TAMPARULI: Jambatan Gantung Tamparuli bakal berubah wajah seterusnya menjadi tarikan pelancong apabila diceriakan dengan lukisan mural gergasi berkonsepk­an corak tempatan asli.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, lukisan itu nanti akan menjadikan tiang-tiang besar jambatan berkenaan lebih indah dan menarik apabila dipandang.

Katanya, mengambil ilham kejayaan di kawasan bandar raya yang terkenal dengan kreativiti seni jalanan sehingga menjadi tarikan di mata dunia, beliau bersama Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging dan beberapa individu yang terlibat secara langsung projek lukisan mural di bangunan Wisma Wanita baru-baru ini, kini dalam fasa kajian reka bentuk dan penelitian aspek teknikal bagi menjayakan impian itu.

“Selepas kejayaan projek mereka seperti transforma­si bangunan Wisma Wanita, kita akan menggunaka­n sepenuhnya kemahiran kumpulan pelukis mural Sabah ini untuk memperluas­kan projek pengindaha­n itu ke Jambatan Gantung Tamparuli,” katanya ketika melawat ke Jambatan Gantung Tamparuli dan seterusnya sekitar kawasan pasar pekan Tamparuli, semalam.

Beliau berkata, usaha itu adalah untuk membuat satu ‘landmark’ bagi kawasan Tamparuli, di mana setiap orang yang masuk kawasan ini akan melihat ikon ini.

“Di samping itu, kita juga dapat mempromosi­kan hasil seni tempatan, dalam bentuk seni lukis dan seni budaya,” katanya.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Persatuan Ibubapa

Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tamparuli, Dohimbang Bongkihoi, YDP PIBG SMK Tamparuli merangkap Ketua Kampung Tamparuli, Micheal Kadum dan wakil Kumpulan Pelukis Mural Sabah, Saidi Atiman.

 ??  ?? TINJAU: Jahid (dua kanan) ketika meninjau Jambatan Gantung Tamparuli.
TINJAU: Jahid (dua kanan) ketika meninjau Jambatan Gantung Tamparuli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia