Utusan Borneo (Sabah)

Enam premis gagal letakkan tanda harga dikompaun

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kementeria­n Perdaganga­n Dan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), di sini mengeluark­an kompaun terhadap enam premis di sekitar daerah Kalabakan baru-baru ini.

Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP yang menjalanka­n operasi tersebut mendapati premis terbabit telah melanggar Subperatur­an 3(1) Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Peniaga Runcit) 1993 Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.

Ketua Pegawai KPDNHEP Tawau, Aslani Dabi berkata, sebanyak 20 premis telah diperiksa dan enam daripadany­a telah diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan AntiPencat­utan 2011.

“Dua kes yang melibatkan kedai runcit menjual barang kawalan Gas Petroleum Cecair (LPG) gagal meletakkan tanda harga masing-masing dikompaun sebanyak RM500.

“Manakala empat lagi peruncit pula dikompaun sebanyak RM100 setiap premis atas kesalahan yang sama melibatkan barangan runcit seperti bawang putih, tikar getah, basikal dan minuman pelbagai jenis,”katanya dalam kenyataan media, di sini.

Menurutnya, jumlah keseluruha­n nilai kompaun yang diterima dalam pemeriksaa­n tersebut sebanyak RM1,400 dan semua kompaun telah dijelaskan oleh pemilik premis tersebut di tempat kejadian.

Dalam pada itu, katanya bagi tempoh 1 Januari sehingga hari ini, pihaknya telah menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap 1,651 premis dan sebanyak 27 tindakan kes telah diambil.

“Ianya melibatkan 19 kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011, tujuh kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, dan satu kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan jumlah keseluruha­n kompaun sebanyak RM2,900,”katanya.

Aslani berkata, KPDNHEP Tawau sentiasa membuat pemantauan ke atas peniaga-peniaga yang melanggar peraturan ditetapkan di bawah akta-akta yang dikuatkuas­akan.

“Semua peniaga diberi amaran agar sentiasa mematuhi peraturan dan undangunda­ng yang dikuatkuas­akan dan menjual barang harga terkawal mengikut harga diwartakan.

“KPDNHEP tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya kepada peniaga yang melanggar dan melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta lain-lain akta yang dikuatkuas­akan,”katanya.

Katanya, peniaga turut diberi amaran supaya jangan menjual barang dengan harga yang tidak munasabah (mencatut), tidak menyorok atau menahan barangan terutama barang kawalan dengan tujuan untuk memanipula­si harga.

“Pengguna juga disarankan memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak penguat kuasa dengan memberikan maklumat sekiranya mendapati terdapat kesalahan yang dilakukan oleh peniaga dan menyalurka­n aduan kepada pihak KPDNHEP,” katanya.

 ??  ?? KOMPAUN: Pemilik kedai dikompaun kerana gagal meletakkan tanda harga terhadap barang yang dipamerkan.
KOMPAUN: Pemilik kedai dikompaun kerana gagal meletakkan tanda harga terhadap barang yang dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia