Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan perlu kekal bersaing, amal budaya norma baharu perniagaan

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Usahawan perlu terus berdaya saing dalam mendepani cabaran perniagaan semasa pandemik COVID-19.

Menurut Ahli Lembaga Amanah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional Mizma Apehdullah, kekal bersaing dengan penyesuaia­n amalan norma baharu amat diperlukan agar dapat memenuhi keperluan permintaan dan keperluan pengguna.

“Usahawan yang berani mengharung­i cabaran masa kini pasti menemukan budaya kerja yang sesuai untuk perniagaan mereka dan sewajarnya menjadi motivasi kepada usahawan lain untuk berusaha mencapai matlamat dan kejayaan perniagaan.

“Saya menyeru usahawan TEKUN Nasional bangkit dari belenggu lalu dan keluar menghadapi cabaran COVID-19 dengan amalan norma baharu berniaga di lokasi perniagaan masingmasi­ng.

“Gandakan memontum perniagaan tanpa menghadkan kejayaan perniagaan dengan pelbagai alasan,” katanya di sini, semalam.

Beliau yang juga Exco

Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata demikian selepas mengunjung­i seorang ahli TEKUN Nasional di Kampung Tabanak yang perusahaan dan kediamanny­a musnah dalam insiden kebakaran, kelmarin.

Difahamkan mangsa, pesara pasukan keselamata­n, terjejas sumber pendapatan­nya setelah insiden kebakaran memusnahka­n mesin-mesin pemprosesa­n makanan dianggar bernilai hampir RM20,000.

Selaku Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Segama, Mizma menyalurka­n bantuan kilat yang amat diperlukan mangsa sekeluarga.

“Bantuan selanjutny­a akan disalurkan terutama membantu keperluan kediaman dan perniagaan pembuatan lekor yang diusahakan sebelum ini.

“Saya juga menyeru kepada Organisasi Bukan Kerajaan tampil menghulur bantuan yang diperlukan keluarga ini,” katanya.

Lawatan itu turut disertai Pemaju Mukim Tabanak Perkins Suhman, Ketua Kampung Tabanak Datu Ariffin Datu Jinurain dan JPKK Kampung Tabanak Raflee Wahid.

 ??  ?? PRIHATIN: Mizma ketika mengunjung­i usahawan yang terjejas akibat kebakaran.
PRIHATIN: Mizma ketika mengunjung­i usahawan yang terjejas akibat kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia