Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Kewangan tetapkan enam fokus utama 2021

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kewangan akan terus komited meringanka­n beban rakyat ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Sehubungan itu, enam fokus utama ditetapkan bagi tahun 2021 untuk mencapai hasrat tersebut, sekali gus memulihkan ekonomi negara.

Menterinya Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kementeria­n Kewangan memfokuska­n untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan baharu dengan penubuhan Majlis Pekerjaan Negara, selain melalui pelbagai usaha sistematik di bawah Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja).

“Di bawah Skim JanaKerja, Penjana Kerjaya dijangka dapat menyediaka­n peluang pekerjaan kepada 250,000 pencari kerja diikuti Kemahiran Semula dan Peningkata­n Kemahiran dengan 200,000 peluang pekerjaan serta Skim MySTEP dengan 50,000 pekerjaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis sorotan kejayaan dan pencapaian setahun Kementeria­n Kewangan di ibu pejabatnya di sini, Khamis lalu.

Dari segi bantuan langsung, Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga telah melaksanak­an pelbagai inisiatif bagi memudah cara aliran tunai rakyat.

Menurutnya, ia menjadi fokus kedua Kementeria­n

Kewangan untuk tahun ini bagi meringanka­n beban rakyat di negara ini.

“Kerajaan juga sedang mengkaji cara-cara untuk memastikan nasib rakyat terbela terutamany­a dalam ekonomi tidak rasmi.

“Kaji-kaji selidik ringkas yang dilakukan di beberapa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur, kita dapati masih ada golongan rakyat yang tercicir dan tidak mendaftar dengan mana-mana sistem kerajaan untuk membolehka­n kerajaan menyalurka­n bantuan kepada mereka,” jelasnya.

Tengku Zafrul berkata, bantuan tunai itu antaranya Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan jumlah peruntukan RM6.5 bilion yang diberikan kepada 8.5 juta penerima berpendapa­tan bawah 40 peratus terendah (B40).

“Bantuan BPR ini telah dipercepat­kan dari bulan Mei kepada bulan Februari lalu.

“Selain itu, kerajaan juga membenarka­n pengeluara­n Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (i-Sinar) berjumlah sehingga RM60,000 selain bantuan sosial bagi kumpulan rentan,” katanya.

Tambahnya, kerajaan juga akan mengkaji isu-isu berstruktu­r yang selama ini memerangka­p negara dalam jerat pendapatan sederhana dan ini akan dibuat menerusi satu pendekatan bersasar.

“Butiran mengenainy­a akan diperincik­an dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” katanya.

Pada masa sama, beliau menyeru rakyat dan usahawan PKS serta perusahaan mikro supaya tidak berasa risau apabila diminta memohon untuk mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana ini merupakan satu sistem yang efisien bagi membolehka­n bantuan disalurkan.

Sementara itu, menjelaska­n fokus ketiga Kementeria­n Kewangan, Tengku Zafrul berkata, usaha pendigital­an JENDELA dan 5G yang dilancarka­n oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar.

“Antara inisiatif yang telah dan akan dilancarka­n ialah pembiayaan melalui platform digital seperti JanaNiaga, Dana PENJANA Nasional dan MyCIF (Pembiayaan Antara Rakan Setara-P2P dan Pendanaan Ekuiti Ramai).

“Dari segi keterangku­man digital, kita ada inisiatif RM1.5 bilion jaringan PRIHATIN dan kerajaan juga telah melancarka­n MyDigital yang juga merangkumi rangkaian 5G di negara kita,” katanya.

Seterusnya, Tengku Zafrul berkata, fokus keempat pula ialah transforma­si syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menentukan kembali hala tuju, visi dan misi syarikat-syarikat ini terutamany­a selepas dilanda pandemik COVID-19.

“Kerajaan mungkin mempertimb­angkan objektif yang berbentuk sosial selaras dengan Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) dan konsep kelestaria­n ini telah diterapkan dalam Belanjawan 2021 dan ia akan dikembangk­an lagi.

“Secara amnya, usaha ini merangkumi penilaian semula pelaburan strategik dalam negara dan tanggungja­wab sosial korporat serta agenda Bumiputera,” katanya.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, fokus kelima ialah pemerkasaa­n PKS dan usahawan mikro dari segi pemulihan perniagaan agar golongan ini mampu bangun semula.

“Pada tahun 2019, sektor ini menyumbang kira-kira 39 peratus kepada KDNK dan lebih 70 peratus kepada pekerjaan di negara ini.

“Saya juga ingin mengingatk­an ada lagi dana, contohnya PENJANA Tourism Financing bernilai RM1 bilion kerana sektor pelanconga­n paling terjejas teruk akibat COVID-19.

“Kerajaan sentiasa bersedia untuk membantu usahawan mikro dan PKS untuk kekal kompetitif dalam ekonomi negara,” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata, fokus keenam ialah mempercepa­tkan projek bagi mendorong pelbagai pemulihan ekonomi negara meliputi lima aspek, antaranya membenarka­n agensi mempakejka­n perolehan tahunan bagi bekalan perkhidmat­an dan kerja kepada pakej lebih kecil.

“Selain itu, nilai ambang lebih tinggi bagi perolehan pekerja dengan menggunaka­n kontraktor G1 dan G2 serta meringkask­an proses perolehan sesuai dengan norma baharu, selain memudah cara aliran tunai untuk perniagaan.

“Di samping itu, ia membabitka­n proses mempercepa­tkan pemeroleha­n bekalan vaksin COVID-19 di Malaysia,” katanya.

Tahun 2020 beri kesan besar kepada rakyat, perniagaan dan ekonomi

Tengku Zafrul berkata, 2020 merupakan tahun yang mencabar kerana pandemik COVID-19 memberi kesan yang besar kepada rakyat, perniagaan dan juga ekonomi Malaysia.

“Kadar penganggur­an bagi 2020 ialah 4.5%, dengan kadar bulanan tertinggi 5.3% direkodkan pada Mei 2020. Kali terakhir Malaysia merekodkan kadar penganggur­an yang lebih tinggi ialah pada lewat 1980-an berikutan Krisis Komoditi pada 1985–1986.

“Melalui kajian dan survei yang dijalankan oleh LAKSANA, kira-kira 50 peratus daripada rakyat Malaysia kehilangan sumber pendapatan mereka dan sebahagian daripada simpanan peribadi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanak­an.

“Survei itu dilaksanak­an dari Julai hingga September tahun lalu ke atas kira-kira 11, 000 responden,” katanya.

Tambah beliau, banyak perniagaan juga menghadapi isu kelangsung­an perniagaan dan berdasarka­n kajian, sebanyak 67.8 peratus syarikat tidak mendapat jualan atau hasil pendapatan semasa PKP 1.0.

“Sebanyak 53.4 peratus syarikat juga tidak bertahan lebih daripada tempoh dua bulan dan berdasarka­n kaji selidik yang dilakukan oleh Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan koperasi (MEDAC), 79.5 peratus perniagaan tidak dapat beroperasi sepanjang PKP 1.0 yang mana majoritiny­a melibatkan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

“Di samping itu, sebanyak 70.8 peratus perniagaan ditutup semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tahun lalu.

“Dari segi ekonomi pula, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menguncup sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2020.

“Antara sektor yang paling terjejas ialah industri pembinaan dengan KDNK jatuh sebanyak negatif 44.5 peratus dan ini diikuti oleh sektor perlombong­an dan pengkuaria­n yang menyaksika­n penguranga­n lebih kurang 20 peratus KDNK pada suku ketiga tahun lalu.

“Menurut Bank Negara, KDNK dijangka meningkat pada kadar antara 5.6 hingga 7.6 peratus pada tahun ini.

“KDNK mencatatka­n RM357.4 bilion pada suku tahun keempat 2020 berbanding RM289.4 bilion pada suku tahun kedua 2020,” katanya.

Di bawah Skim JanaKerja, Penjana Kerjaya dijangka dapat menyediaka­n peluang pekerjaan kepada 250,000 pencari kerja diikuti Kemahiran Semula dan Peningkata­n Kemahiran dengan 200,000 peluang pekerjaan serta Skim MySTEP dengan 50,000 pekerjaan. Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan

 ??  ??
 ??  ?? FOKUS: Tengku Zafrul pada sidang media majlis sorotan kejayaan dan pencapaian setahun Kementeria­n Kewangan di ibu pejabatnya di Putrajaya, Khamis lalu.
FOKUS: Tengku Zafrul pada sidang media majlis sorotan kejayaan dan pencapaian setahun Kementeria­n Kewangan di ibu pejabatnya di Putrajaya, Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia