Utusan Borneo (Sabah)

MKN, JKNS tegaskan kesedaran SOP COVID-19 kepada penduduk pulau

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengambil inisiatif menemui penduduk bagi memastikan usaha memerangi pandemik COVID19 serta kesedaran terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terus dilaksana.

Timbalan Pengarah Keselamata­n Negeri MKN, Ag Norali Ag Damit berkata program libat urus itu dijalankan bersama komuniti penduduk Kampung Lok Urai, Pulau Gaya dan pengusaha Pusat Peranginan Bungaraya selama sehari.

“Program ini dijalankan bagi meningkatk­an kesedaran penduduk kampung dan pekerja pusat peranginan berkenaan pentingany­a pematuhan SOP.

“Kita juga menekankan kesalahan SOP mengikut Peraturan 17 iaitu kegagalan memakai pelitup muka, gagal melaksanak­an penjarakan fizikal dan kegagalan pemilik premis menyedia buku daftar dan memuat turun aplikasi Mysejahter­a.

“Program ini juga bertujuan menerangka­n mengenai kepentinga­n pemilik premis menyediaka­n peralatan saringan suhu,” katanya.

Menurutnya individu yang gagal menggunaka­n aplikasi Mysejahter­a atau mencatatka­n nama dan nombor boleh diambil tindakan termasuk didakwa.

Ag Norali berkata, keengganan mematuhi arahan yang dikeluarka­n oleh pegawai diberi kuasa boleh diambil tindakan mengikut Subseksyen 11(3) APPPB 1988.

“Kompaun juga boleh dikeluarka­n terhadap manamana individu yang melanggar Peraturan SOP ditetapkan.

“Pematuhan dan amalan SOP sebenarnya memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk sentiasa selamat sekali gus melandaika­n wabak COVID-19.

“Patuhi SOP dan seterusnya menjadi amalan dalam kehidupan supaya bebas daripada COVID-19,” katanya.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Operasi), MKN Sabah, Asisten Komisioner Polis Shahrir Daud, Pengarah 2 Seksyen Operasi MKN Sabah, Deputi Superinten­dan Syazwan Abdullah dan Penolong Pengarah Kanan JKNS Ramash Rasnan.

 ??  ?? LEKAT: Ag Norali (kanan) melekatkan kod QR yang perlu diimbas oleh penduduk sebelum memasuki sesebuah premis.
LEKAT: Ag Norali (kanan) melekatkan kod QR yang perlu diimbas oleh penduduk sebelum memasuki sesebuah premis.
 ??  ?? TAKLIMAT: MKN dan JKNS semasa memberikan taklimat kepada penduduk.
TAKLIMAT: MKN dan JKNS semasa memberikan taklimat kepada penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia