Utusan Borneo (Sabah)

BSMM Sabah terima sumbangan dari Enagic Malaysia

-

KOTA KINABALU: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Sabah menerima sumbangan korporat daripada syarikat penapis air Enagic Malaysia Sdn. Bhd berjumlah RM7 ribu.

Sumbangan tersebut disampaika­n wakil Enagic Malaysia Sdn. Bhd, Chin Shaw Fung kepada Pengerusi BSMM Negeri Sabah, Datuk Asnan Yunus Chung dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat BSMM jalan Tuaran dekat sini, semalam.

Menurut Asnan, setiap sumbang yang diterima sama ada dari pihak kerajaan mahupun dari pihak swasta akan digunakan bagi melaksanak­an kerja-kerja kemasyarak­atan melalui program-program yang telah dirancang.

Tambah beliau semenjak pandemik COVID-19 melanda negara, pihak BSMM Sabah telah melaksanak­an pelbagai program bagi membantu barisan hadapan dan masyarakat luar bandar yang memerlukan.

“Antara yang sedang dilaksanak­an adalah kempen derma darah bagi membantu pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Unit Tabung Darah Jabatan Patologi, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu agar bekalan darah sentiasa mencukupi.

“Turut dilaksanak­an di banguan ini adalah program menjahit Pakaian Perlindung­an Diri (PPE) untuk kegunaan kakitangan KKM dan anggota barisan hadapan negara yang mana setakat ini sebanayak 5000 helai PPE telah berjaya dihasilkan dan telahpun diserahkan kepada kerajaan negeri.

“Selain daripada itu BSMM Sabah juga turut membantu dalam misi menyampaik­an bantuan bakul makanan kepada penduduk luar bandar yang memerlukan,” jelas Asnan.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan daripada pihak swasta atau badan korporat dalam melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat secara bersama.

Hadir sama Pengarah BSMM Negeri Sabah, Simon Chin Nyuk Kong.

 ??  ?? SUMBANGAN: Wakil Enagic Malaysia Sdn. Bhd, Chin Shaw Fung (empat dari kiri) menyampaik­an cek berjumlah RM7 ribu kepada Asnan (tiga dari kanan).
SUMBANGAN: Wakil Enagic Malaysia Sdn. Bhd, Chin Shaw Fung (empat dari kiri) menyampaik­an cek berjumlah RM7 ribu kepada Asnan (tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia