Utusan Borneo (Sabah)

Tidak perlu khuatir dengan keselamata­n vaksin COVID-19

Kerajaan telah memastikan vaksin itu selamat untuk digunakan dan melalui pelbagai kajian sebagaiman­a negara luar

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Orang ramai tidak perlu ragu-ragu atau bimbang dengan keselamata­n vaksin COVID-19 yang digunakan di negara ini, kata Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, kerajaan persekutua­n telah memastikan vaksin itu selamat untuk digunakan dan melalui pelbagai kajian sebagaiman­a yang telah dilakukan oleh negara luar.

“Kerajaan tidak akan semudah-mudahnya menggunaka­n vaksin COVID-19 yang mereka suka sahaja kepada rakyat.

“Pemilihan sesuatu vaksin bukan satu perkara mudah kerana melibatkan nyawa manusia. Justeru, vaksin yang diberikan kepada rakyat telah melalui proses penilaian ketat, ujian dan semakan dari pelbagai aspek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menerima suntikan vaksin jenis Pzfier-BioNTech di

Klinik Kesihatan Sadong Jaya di sini, semalam.

Turut menerima suntikan vaksin itu ialah Ahli Dewan

UndanganNe­geri(ADUN)Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, pengambila­n vaksinasi bukannya perkara baharu kerana banyak lagi jenis vaksin pernah diambil sebelum ini, misalnya Bacillus Calmette-Guerin (BCG) dan sebagainya.

“Meskipun dari segi pengisiann­ya agak berbeza, namun dengan usaha kerajaan melalui vaksin COVID-19 dapat mengurangk­an penularan wabak ini dalam dalam kalangan rakyat,” ujarnya.

Ditanya mengapa memilih mengambil vaksin tersebut di Kesihatan Sadong Jaya, Nancy berkata, ia bagi memberi keyakinan kepada rakyat di kawasan

Parlimen Batang Sadong.

“Saya harap dengan pengambila­n vaksin itu akan menjadi panduan untuk semua masyakat untuk mengikuti langkah yang sama,” katanya.

Terdahulu, Nancy meluangkan masa hadir pada majlis simbolik penyerahan Projek Siap Bina Baru Pusat Dalam Komuniti (PDK) Sadong Jaya bernilai RM400,000 di bawah peruntukan Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) Kerajaan Sarawak.

Beliau turut mengunjung­i bangunan baharu Pusat Tahfiz Darul Iman yang siap dibina Ogos tahun lalu yang memuatkan 60 pelajar tahfiz dari sekitar Sadong Jaya.

Beliau juga menyerahka­n bantuan baki 448 Tangki Air KawasaSado­ngJayameli­batkan 10 kampung di Sadong Jaya.

Pemilihan sesuatu vaksin bukan satu perkara mudah kerana melibatkan nyawa manusia. Justeru, vaksin yang diberikan kepada rakyat telah melalui proses penilaian ketat, ujian dan semakan dari pelbagai aspek. Datuk Seri Nancy Shukri Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya

 ??  ?? SELESAI: Nancy bersama Aidel merakamkan kenangan selepas menerima suntikan vaksin COVID19 di Klinik Kesihatan Sadong Jaya, semalam.
SELESAI: Nancy bersama Aidel merakamkan kenangan selepas menerima suntikan vaksin COVID19 di Klinik Kesihatan Sadong Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia