Utusan Borneo (Sabah)

MAPIM Sarawak sokong pembukaan bagi tambahan 231 sekolah rendah

-

KUCHING: Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak menyokong pembukaan sesi persekolah­an secara bersemuka bagi tambahan 231 sekolah rendah di negeri ini mulai 8 Mac ini.

Pemangku Yang Dipertua MAPIM Sarawak Datuk RozalixEdi­Wahabberka­ta,persatuan pada masa yang sama turut menyokong keputusan untuk terus menangguhk­an persekolah­an di kawasan berisiko tinggi sehingga 14 Mac ini.

“Kita tahu pihak kerajaan telah cuba sedaya upaya untuk mengekang penularan COVID-19 ini, pihak sekolah, guru dan murid juga sudah dapat mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jadi MAPIM berharap ibu bapa juga akan memberi kerjasama dan mengikuti SOP yang digariskan,” katanya.

Tambah Rozalix, dari segi persediaan untuk anak-anak ke sekolah, ibu bapa tidak ada masalah untuk itu.

Malah katanya, kebanyakan ibu bapa mahukan anakanak mereka segera kembali mengikuti persekolah­an secara bersemuka yang mana lebih efektif.

“Tidak semua ibu bapa dapat mengajar anak-anak mereka di rumah lebih-lebih lagi untuk subjek di mana ibu bapa tidak ada asas.

“Kedua, masalah Internet dan telefon pintar yang tidak mencukupi untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai,” katanya.

Bagi para guru pula, persekolah­an secara bersemuka pastinya akan lebih memudahkan mereka mengajar anak murid, katanya.

Malah katanya, ramai guru yang berpendapa­t anak murid di negeri ini akan ketinggala­n jika sesi persekolah­an secara bersemuka terus ditangguh.

Tetapi bagi kawasan berisiko tinggi katanya, adalah wajar pembukaan sekolah ditangguhk­an untuk keselamata­n pelajar dan guru serta komuniti secara keseluruha­nnya.

MAPIM dalam pada itu berharap pihak sekolah memperketa­tkan SOP bagi mengelak penularan COVID-19 di sekolah.

Kepada ibu bapa pula, MAPIM berharap mereka memantau pergerakan anakanak dan segera mengambil di sekolah selepas tamat sesi kelas agar tidak terdedah kepada risiko jangkitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia