Utusan Borneo (Sabah)

Tangguh jika situasi tidak mengizinka­n

Penilaian teliti diharap telah dibuat untuk tangguh atau benarkan sesi sekolah: STU

- Oleh Agnes Tugong ADAM

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) berharap penilaian teliti dan tepat telah dibuat sebelum keputusan dibuat berhubung penangguha­n atau pengoperas­ian sesi persekolah­an ketika negara masih berdepan pandemik COVID-19.

Presidenny­a Adam Prakash Abdullah berkata, keputusan secara terburu-buru serta tidak konsisten holeh menimbulka­n keresahan ibu bapa, pelajar dan para guru yang terlibat.

“Semua guru dan murid sebenarnya tidak sabar untuk meneruskan sesi persekolah­an yang sudah lama tertangguh.

“Namun sekiranya keadaan tidak mengizinka­n, kita sangat berharap penangguha­n sekolah diteruskan demi keselamata­n para pelajar dan guru,” katanya kepada Utusan Borneo.

Tambah Adam, STU sebelum ini telah memohon agar sekolah yang berada di kawasan berisiko tinggi ditangguhk­an pembukaann­ya bagi mengelak jangkitan dalam kalangan pelajar dan guru.

Pengumuman Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada 26 Februari 2021 mengenai penangguha­n sekolah di sembilan daerah berisiko tinggi sangat dialu-alukan dan tepat bagi STU.

Mengenai tambahan 231 sekolah rendah yang dibenarkan beroperasi mulai 8 Mac ini pula, menurut Adam ia adalah hasil perbincang­an JPBNS dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) setelah penilaian risiko dibuat.

Kebenaran pengoperas­ian semula sekolah-sekolah terbabit katanya, juga memenuhi Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperas­ian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0 yang dikeluarka­n Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Dalam perkembang­an lain, STU memohon kepada JPBNS agar semua guru di Sarawak diberi keutamaan dalam mendapatka­n vaksin COVID-19 supaya mereka lebih yakin untuk menjalanka­n tugas mereka.

“Kami bukan meminta keistimewa­an kepada guru tetapi hanya sebagai langkah keselamata­n mereka dan juga pelajar yang akan berhadapan dengan guru di sekolah,” katanya.

STU turut memohon agar semua guru patuh dengan arahan kerja semasa dan berharap mereka melindungi diri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa berada di sekolah.

JPBNS pada 5 Mac lalu memutuskan tambahan 231 sekolah rendah di negeri ini dibenarkan untuk beroperasi secara bersemuka mulai 8 Mac ini berbanding 814 sekolah rendah pada 1 Mac.

Manakala, 220 sekolah rendah di kawasan berisiko tinggi penularan COVID-19 kekal ditutup sehingga 14 Mac ini.

Penangguha­n pengoperas­ian bagi 220 sekolah rendah ini melibatkan sembilan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) iaitu Kuching, Padawan, Sibu, Kanowit, Miri, Meradong, Kapit, Bintulu dan Betong.

Semua guru dan murid sebenarnya tidak sabar untuk meneruskan sesi persekolah­an yang sudah lama tertangguh. Namun sekiranya keadaan tidak mengizinka­n, kita sangat berharap penangguha­n sekolah diteruskan demi keselamata­n para pelajar dan guru. Adam Prakash Abdullah Presiden STU

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia