Utusan Borneo (Sabah)

RM50,000 dilulus untuk baik pulih anjung Rh Ikeh Lanjot, Nanga Lioh

-

SARIKEI: Penduduk Rumah Ikeh Lanjot, Nanga Lioh di Jalan Entabai, Julau menarik nafas lega selepas permohonan mereka untuk membaik pulih anjung rumah panjang dengan membina parit konkrit dan memasang jubin diluluskan oleh kerajaan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin berkata, peruntukan untuk projek tersebut telah diluluskan di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP).

“Bagi melaksanak­an projek pembanguna­n ini, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM50,000 di bawah program RTP.

“Apabila projek ini siap nanti, ia bakal memberi manfaat kepada 100 penduduk rumah panjang terbabit yang terdiri daripada 16 pintu.

“Kita berharap kerjakerja pembinaan ini dapat berjalan dengan lancar dan mengikut standard kerja yang telah ditetapkan,” kata Rolland.

Beliau berkata demikian sejurus selesai mengadakan lawatan kerja ke rumah panjang tersebut bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarikei, semalam.

Menurut Rolland, kerajaan Sarawak amat komited untuk terus melaksanak­an pembanguna­n terutama di kawasan luar bandar.

Katanya, ini amat penting dalam usaha merapatkan jurang pembanguna­n antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Selain projek tersebut, tahun lepas rumah panjang ini juga telah dibekalkan dengan sebuah tangki air setiap pintu di bawah Projek Bekalan Tangki Air

Fasa 3, Peringkat 2 Tahun 2020.

“Kita berharap penduduk dapat memanfaatk­an segala pembanguna­n ini dan terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Ini amat penting untuk memudahkan kerajaan terus merancang dan melaksanak­an pembanguna­n di segenap pelosok negeri,” ujar Rolland lagi.

Hadir sama Penolong Jurutera JPS Sarikei Sahrian Abdullah dan Tuai Rumah Ikeh Lanjot.

 ??  ?? LAWATAN KERJA: Rolland (kanan) bersama rombongann­ya melakukan tinjauan kerja ke Rumah Ikeh Lanjot di Nanga Lioh, Jalan Entabai, Julau semalam.
LAWATAN KERJA: Rolland (kanan) bersama rombongann­ya melakukan tinjauan kerja ke Rumah Ikeh Lanjot di Nanga Lioh, Jalan Entabai, Julau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia