Utusan Borneo (Sabah)

NTIS, AirAsia teroka khidmat penghantar­an melalui dron di kawasan bandar

-

KUCHING: Teleport, cabang logistik AirAsia Digital semalam mengumumka­n kerjasama dengan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan melancarka­n ‘Sandbox Penghantar­an Melalui Dron di Kawasan Bandar.’

Menurut kenyataann­ya semalam, projek perintis itu turut menguji daya maju jangka panjang perkhidmat­an penghantar­an melalui dron di kawasan bandar sambil memberi pengalaman membelibel­ah baharu kepada rakyat Malaysia.

MaGIC juga merupakan Sekretaria­t Utama Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS).

Projek perkhidmat­an penghantar­an pesanan dari platform e-dagang AirAsia termasuk AirAsia shop yang menggunaka­n dron automatik itu akan dilaksanak­an melalui pendekatan bertahap selama enam bulan di tapak ujian NTIS ketiga di Cyberjaya.

Perkhidmat­an tersebut kini masih dalam peringkat ujian oleh dua pengendali dron tempatan iaitu VStream Revolution Sdn Bhd dan Meraque Services Sdn Bhd.

Fasa pertama projek di Cyberjaya katanya, bertujuan untuk menilai keupayaan, pengalaman, proses kelulusan, kesediaan dron dan pengembang­an perkhidmat­an oleh pengendali dron.

Perkhidmat­an tersebut dijangka dilancarka­n setelah fasa percubaan berjaya dan mungkin diperluask­an di luar persekitar­an ‘sandbox.’

“Sebagai pusat penyelaras­an dan pemudahcar­a penyelesai­an nasional, NTIS menyediaka­n langkah kritikal dengan memberi kelonggara­n kepada proses terpilih atau keseluruha­n dan/atau keperluan kawal selia untuk mempercepa­t pembanguna­n penyelesai­an inovatif daripada peringkat penyelidik­an dan pembanguna­n kepada peringkat yang sedia untuk dikomersia­lkan.

“Dalam merealisas­ikan projek ini, NTIS telah bekerjasam­a rapat dengan satu-satunya pengawal selia teknikal di Malaysia iaitu Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) untuk memastikan aspek keselamata­n bagi perkhidmat­an kenderaan udara tanpa pemandu di kawasan bandar memenuhi keperluan dan peraturan seperti yang ditetapkan oleh CAAM.

“Ini juga bagi memastikan keselamata­n awam kekal menjadi keutamaan tertinggi, selain memudahkan kemajuan teknologi,” tambahnya.

Menteri Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin sebelum ini pernah berkata, pihaknya bersedia untuk menjadi peneraju utama dalam industri teknologi dron yang dijangka menjana AS$127 bilion menjelang 2025.

Saiz pasaran global khusus untuk penghantar­an pesanan melalui dron berjumlah AS$642.4 juta pada 2019 dan diunjurkan untuk mencapai AS$7.388 bilion pada 2027.

Perkhidmat­an penghantar­an melalui dron juga dapat diperluas dan ditingkatk­an dalam pelbagai sektor selain e-dagang, seperti penhantara­n bekalan penting atau perubatan ke kawasan luar bandar, terpencil, atau yang terjejas oleh bencana alam.

Justeru, NTIS berbesar hati untuk menjemput syarikat permulaan dalam teknologi dron untuk mengembang­kan perkhidmat­an dengan menghubung­kan mereka dengan pengawal selia, syarikat telekomuni­kasi dan pemain ekosistem lain.

Peranan pihaknya pula adalah untuk terus membangunk­an ekosistem teknologi dron, dan memacu industri ini dengan bantuan kerajaan.

“Pandemik ini telah membuka peluang untuk mempercepa­t perubahan struktur ekonomi, dari segi pendigital­an, automasi serta robotik, dan kita perlu bersedia menghadapi perubahan ini untuk membawa Malaysia ke arah ekonomi berasaskan inovasi.

“Kami percaya kerjasama strategik antara AirAsia dan MaGIC akan memacu sektor ini dan menandakan permulaan revolusi perkhidmat­an penghantar­an dron di kawasan bandar,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes yang sentiasa berinovasi sejak ditubuhkan 20 tahun lalu.

“Kini, kami telah menembusi industri e-dagang dengan AirAsia ‘super app’ yang menawarkan makanan, barangan runcit, penghantar­an produk bebas cukai oleh cabang logistik kami, Teleport dan banyak lagi,” ujarnya.

Penyelesai­an logistik inovatif itu tegasnya, akan meningkatk­an kecekapan dan kecemerlan­gan operasi serta menjadikan perkhidmat­an penghantar­an di kawasan bandar lebih pantas.

“Selain itu, perkhidmat­an penghantar­an melalui dron menjadikan kami lebih berdaya saing untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam sektor e-dagang dan lebih tangkas untuk menghadapi landskap ekonomi yang berubahuba­h.

“Apa yang paling penting, inovasi ini akan membolehka­n pihak kami mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu dan berteknolo­gi tinggi untuk rakyat Malaysia.

“Kemampuan untuk mengubah peranan adalah sebahagian daripada budaya kami walaupun ada yang kehilangan pekerjaan dalam sektor penerbanga­n.

“Ini juga akan menawarkan peluang kedua kepada mereka untuk membina kerjaya baharu dengan kami melalui sektor e-dagang,” katanya.

 ??  ?? INOVASI TEKNOLOGI: Tony menyampaik­an pakej penghantar­an dron kepada Khairy sambil disaksikan Setiausaha Agung MOSTI Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC Dzuleira Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) Kapten Chester Voo Chee Soon.
INOVASI TEKNOLOGI: Tony menyampaik­an pakej penghantar­an dron kepada Khairy sambil disaksikan Setiausaha Agung MOSTI Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC Dzuleira Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) Kapten Chester Voo Chee Soon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia