Utusan Borneo (Sabah)

Cuaca panas: K’jaan kaji cara lindungi sektor komoditi Pastikan pendapatan pemain industri seperti pekebun kecil getah dan kelapa sawit tidak terlalu terjejas ketika musim panas ini

-

“Jadi, kami (kementeria­n) amat prihatin menitikber­atkan langkah yang perlu diambil untuk membantu mereka menghadapi musim cuaca seperti ini. Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

PONTIAN: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi akan mencari langkah terbaik untuk memastikan pendapatan para pemain industri seperti pekebun kecil getah dan kelapa sawit tidak terlalu terjejas ketika menghadapi musim panas ketika ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata, pendekatan seumpama itu perlu dilakukan kerana industri komoditi merupakan sumber pendapatan besar kepada negara.

“Lebih-lebih lagi getah dan sawit kerana ia banyak melibatkan pekebun-pekebun kecil.

“Jadi, kami (kementeria­n) amat prihatin menitikber­atkan langkah yang perlu diambil untuk membantu mereka menghadapi musim cuaca seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas selesai menerima suntikan vaksinasi COVID-19 di Klinik Kesihatan Pontian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan berhubung langkah yang akan diambil kerajaan untuk membantu pemain sektor komoditi negara dalam mendepani musim panas yang mungkin menjejaska­n pengeluara­n hasil komoditi.

Ahli Parlimen Tanjung Piai itu berkata, bagi sektor getah, antara langkah yang boleh dipertimba­ngkan ialah dengan memberi subsidi agar harga komoditi tersebut tidak kurang daripada harga lantai iaitu RM2.50 sekilogram.

“Getah ini ada harga lantai iaitu RM2.50. Jika harga pasaran kurang daripada itu, kerajaan akan beri subsidi supaya pendapatan mereka dapat distabilka­n,” katanya.

Jabatan Meteorolog­i sebelum ini meramalkan bahawa cuaca panas dalam negara akan berlarutan sehingga pertengaha­n April depan.

Ia susulan taburan hujan akan berkuranga­n ketika ini dengan negeri-negeri di utara Semenanjun­g Malaysia dijangkaka­n mengalami keadaan lebih kering dan tempoh tanpa hujan lebih lama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia