Utusan Borneo (Sabah)

Mohd Ali dimasyhur sebagai Canselor UTEM ketiga

-

MELAKA: Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam dimasyhurk­an sebagai Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang ketiga.

Pelantikan Mohd Ali, 72, sebagai Canselor UTeM berkuat kuasa selama empat tahun mulai 15 Ogos 2020 hingga 3 Jun 2024, telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mewakili Seri Paduka Baginda menyerahka­n watikah pelantikan pada upacara pemasyhura­n yang berlangsun­g di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang diPertua Negeri Melaka, Ayer Keroh, di sini, kelmarin.

Mohd Ali menggantik­an Canselor terdahulu yang juga bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka keenam Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Turut hadir pada upacara pemasyhura­n itu ialah isteri Mohd Ali, Toh Puan Asmah Abdul Rahman; Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, ProCanselo­r UTeM iaitu Tan Sri Halim Saad dan Datuk Dr Sabirin Ja’afar.

Mohd Ali dalam ucapannya berkata, UTeM merupakan universiti teknikal pertama yang diwujudkan di Malaysia pada 1 Disember 2000 untuk memartabat­kan ilmu melalui pendidikan, penyelidik­an dan kesarjanaa­n teknikal yang inovatif dan kreatif.

Justeru, katanya institusi itu perlu berada dalam arus perdana pendidikan tinggi negara sebagai daya penggerak utama membentuk hala tuju baharu masyarakat Malaysia ke arah transforma­si ekonomi dan sosial khususnya dalam era ledakan Industri 4.0 dan ekonomi digital.

“Saya juga melihat UTeM sentiasa komited membantu negara dan negeri Melaka dalam menyediaka­n tenaga kerja yang berkemahir­an tinggi berpacukan industri.

“Pelaksanaa­n peta strategi pemerkasaa­n Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dijangka mampu menghasilk­an siswazah yang seimbang, holistik dan berciri keusahawan­an untuk membangunk­an negeri dan negara amnya,” katanya.

Mohd Ali berkata, dalam konteks arus perdana pembanguna­n negara pula, UTeM dilibatkan oleh pembuat dasar di semua peringkat dalam merencana hala tuju strategik negara, terutama yang melibatkan bidang kejurutera­an, teknologi serta TVET.

“Kerjasama pintar dan jaringan bersama kesemua pemegang taruh seperti industri, kerajaan Persekutua­n dan negeri serta komuniti perlu terus dipertingk­atkan lantas mampu merealisas­ikan agenda global iaitu matlamat pembanguna­n kelestaria­n pada 2030. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia