Utusan Borneo (Sabah)

Menteri dalam negeri Ecuador letak jawatan ekoran rusuhan di penjara

-

QUITO: Menteri dalam negeri Ecuador meletakkan jawatan kelmarin ekoran rusuhan serentak di empat penjara yang menyebabka­n 79 orang terbunuh.

“Ia adalah keputusan peribadi saya sendiri untuk mengemukak­an peletakan jawatan saya yang tidak dapat diubah sebagai menteri,” Patricio Pazmino menyatakan dalam sekeping surat kepada Presiden Lenin Moreno, yang telah didedahkan kepada umum melalui Twitter.

Pazmino, seorang pegawai polis bantuan, berkata “pengurusan beliau sebagai ketua kementeria­n telah dipersoalk­an,” tanpa memberikan maklumat lanjut.

Pada Isnin lepas, Dewan Negara memohon bagi pemecatan Pazmino, termasuk ketua polis dan perkhidmat­an penjara.

Peletakan jawatan Pazmino muncul seminggu selepas rusuhan, yang digelar oleh Moreno sebagai satu letusan bagi “barbarisme”.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa rusuhan adalah berpunca dari perbalahan antara kumpulan penjenayah yang bermusuhan bersaing bagi kuasa dan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kartel Mexico dan Colombia.

Pazmino berkata beliau turut meletakkan jawatan bagi sebab-sebab kesihatan, menyatakan beliau telah didiagnos bagi kali kedua dengan COVID-19.

Beliau menyatakan ini menambahka­n komplikasi kepada satu penyakit serius yang beliau tidak kenal pasti namun menurut beliau telah mendedahka­nnya kepada “satu risiko yang sangat besar dan kebarangka­lian akan berterusan” ketika memegang jawatannya.

Pazmino memegang jawatannya pada November lepas selepas pemecatan menteri ketika itu, Maria Paula Romo, bagi penggunaan kanister gas pemedih mata yang tamat tempoh ketika bantahan ganas pada Oktober 2019. — AFP

 ??  ?? PATRICIO PAZMINO
PATRICIO PAZMINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia