Utusan Borneo (Sabah)

Pembunuh upahan Greece mogok lapar, sakit buah pinggang

-

ATHENS: Seorang pembunuh upahan haluan kanan Greece yang melakukan mogok lapar selama hampir dua bulan untuk menuntut dipindahka­n ke penjara lain sedang mengalami masalah kegagalan buah pinggang yang akut, kata pihak hospital yang merawatnya kelmarin.

Pihak hospital menyatakan kakitangan telah mengambil “semua langkah-langkah yang sepatutnya” untuk cuba menghalang perkembang­an sebegitu, kekurangan paksaan makan, di mana sebuah kesatuan doktor Greece telah menyatakan ia akan dianggap sebagai seksaan.

Dimitris Koufodinas, 63, sedang menjalani beberapa hukuman penjara seumur hidup bagi 11 pembunuhan dan telah memulakan mogok laparnya pada 7 Januari.

Pada lewat kelmarin, peguamnya, Ioanna Kurtovic, memberitah­u media Greece bahawa anak guamnya telah bersetuju untuk menerima serum cecair melalui intravena di atas permintaan dua doktor keluargany­a.

Koufodinas ingin mendapatka­n pemindahan dari sebuah penjara di Lamia di tengah Greece ke sebuah penjara kawalan ketat lain di Athens untuk berada dekat dengan keluargany­a.

Dia telah dihantar ke sebuah hospital di Lamia pada lewat Januari disebabkan oleh keadaan kesihatann­nya yang merosot dan berada dalam keadaan kritikal sejak dua minggu lepas.

Pada Khamis lepas, sebuah mahkamah menolak permintaan­nya untuk menangguhk­an hukumannya, memutuskan bahawa keadaannya yang bertambah buruk bukan disebabkan oleh penyakit, namun keputusann­ya untuk melakukan satu mogok lapar.

Protes sering kali dilakukan secara solidariti dengan Koufodinas sepanjang beberapa minggu lepas.

Dia merupakan bekas pembunuh terkenal bagi kumpulan haluan kiri yang tidak berfungsi lagi ‘November 17’, telah dipenjarak­an selama 18 tahun.

Seramai 11 mangsa di antara 1980 dan 2000 termasuk Pavlos Bakoyannis, seorang ahli perundanga­n yang merupakan ayah kepada Datuk Bandar Athens Costas Bakoyannis dan abang ipar kepada Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia