Utusan Borneo (Sabah)

Bom beca ragut 10 nyawa di Mogadishu

-

MOGADISHU: Seramai 10 orang terbunuh malam kelmarin apabila sebuah beca yang membawa bahan letupan telah diletupkan oleh militan Al-Shabaab di sebuah restoran terkenal di Mogadishu, menurut polis.

Beca tiga roda, sesuai untuk membawa muatan di bahagian belakang, telah dipenuhi dengan bahan letupan ketika ia merempuh restoran berhampira­n pelabuhan ibu negara, jurucakap polis Somalia, Sadik Dudishe memberitah­u wartawan.

“Pengganas telah melakukan satu serangan kejam menyasarka­n sebuah restoran yang sering dikunjungi oleh orang awam. Sepuluh orang maut dan 30 lagi tercedera dalam letupan tersebut.”

Seorang pegawai keselamata­n dan sumber perubatan berkata angka tersebut mungkin akan menjadi lebih tinggi.

“Letupan adalah sangat berat dan menyebabka­n kemusnahan besar-besaran serta kematian orang awam, operasi yang masih dilakukan bagi menentukan jumlah sebenar kematian namun maklumat yang diperolehi oleh pegawai keselamata­n menunjukka­n lebih 10 orang maut,” kata pegawai keselamata­n Mohamed Osman.

Pegawai perubatan mengesahka­n 20 orang maut dan 30 lagi tercedera.

Serangan telah diakui oleh militan Al-Shabaab yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.

Mogadishu sering disasarkan dengan serangan oleh Al-Shabaab yang telah melakukan keganasan lama dan kejam untuk menjatuhka­n kerajaan disokong dari peringkat antarabang­sa di Mogadishu.

Mereka telah dihalau keluar dari Mogadishu pada 2011, namun masih mengawal beberapa kawasan wilayah dari mana mereka merancang dan melancarka­n serangan yang kerap dan berdarah terhadap sasaran kerajaan dan orang awam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia