Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 50 tapak geologi di Lenggong dalam radar kajian pakar

-

LENGGONG: Lebih 50 tapak geologi di seluruh Lenggong sedang dikaji untuk diperakuka­n sebagai Geopark Lenggong sekali gus bakal merancakka­n pertumbuha­n ekonomi di Perak.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kajian sedang dilakukan sebelum pengiktira­fan boleh diberikan kepada Geopark Lenggong sebagai tapak Geopark Kebangsaan kedua Perak selepas Geopark Lembah Kinta.

“Saya percaya kajian yang teliti membolehka­n pengiktira­fan diberi, kerana nilainya (nilai sejarah geologi dan saintifik) tinggi di Lenggong. Contohnya Gunung Pulut, usianya menyamai Gunung Mat Cincang di Langkawi yang lebih 500 juta tahun. Itu satu daripada Geopark yang bernilai.

“Selain itu, ada ‘forest trail’ di Tasik Raban yang begitu bernilai tinggi dan boleh tandingi apa yang ada di Sungai Kilim Langkawi.

“Jika pengiktira­fan diberi kepada kedua-duanya, ia mampu mengangkat Geopark Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan dan dunia sekali gus menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara,” katanya.

Ahli Parlimen Lenggong itu berkata demikian kepada Bernama dan Astro Awani selepas sesi ramah mesra bersama penduduk di Kampung Kelantan, di sini kira-kira 50 km dari bandar Ipoh.

Jelasnya, apa yang sedang diusahakan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri melalui Geopark Lenggong ini akan memberi faedah jangka masa pendek dan panjang, baik kepada komuniti setempat dan negara menerusi impak kepada pembanguna­n ekonomi, pendidikan dan sosiobuday­a.

Shamsul Anuar sebelum ini dilapor berkata, Geopark Lenggong bakal diiktiraf sebagai tapak geologi Geopark Kebangsaan kedua di Perak pada Julai ini memandangk­an kajian akhir sedang dilakukan bagi melengkapk­an dokumen untuk dibentangk­an kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia