Utusan Borneo (Sabah)

Peningkata­n kes seludup burung murai di Malaysia cetus kebimbanga­n

-

JOHOR BAHRU: Peningkata­n dalam kes-kes penyeludup­an burung murai di Malaysia tahun lepas menimbulka­n kebimbanga­n mengenai kemungkina­n ancaman kepupusan Burung Murai Kampung Copsychus saularis, spesis yang mudah ditemukan di Malaysia dan negara serantau.

Menerusi satu laporan yang diterbitka­n bersama The Wildlife Trade Monitoring Network (TRAFFIC) dan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) kelmarin, terdapat lonjakan paling ketara berlaku pada tahun 2020, yang menyaksika­n 17,736 atau 66 peratus dari jumlah kese-luruhan 26,950 ekor burung berjaya dirampas semasa cuba diseludup sepanjang tempoh 2015 hingga 2020.

Berdasarka­n laporan itu, pemantauan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ber-kenaan juga menunjukka­n terdapat situasi tidak sihat apabila wujud permintaan burung Murai Kampung di dalam negara dan juga luar negara bagi pasaran antarabang­sa yang jauh lebih besar, khususnya Indonesia yang mampu mendorong kepada pemburuan yang tinggi dalam negara, yang boleh mengakibat­kan kepupusan.

“Dengan menggunaka­n harga permintaan minimum RM7 dan maksimum RM450 - berdasarka­n kajian perdaganga­n dalam talian oleh

TRAFFIC pada tahun 2019 dan 2020, dan memandangk­an burung-burung yang dirampas ini disyaki berasal dari Malaysia, anggaran nilai kesemua burung yang dirampas dianggarka­n berjumlah sekitar RM188,640 – RM12,127,500.

“Sebanyak 17,314 (64 peratus) daripada kesemua burung yang dirampas (bagi tempoh 2015-2020) melibatkan kes penyeludup­an dari Malaysia ke Indonesia dan ia menunjukka­n populasi burung Murai Kampung di Malaysia semakin banyak disasar untuk meme-nuhi permintaan di negara-negara jiran, khususnya Indonesia,” kata laporan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia